Jom Tambah Pendapatan Melalui Program Young Entrepreneur System (YES)

Assalamualaikum...

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba tak lama lagi, Zura pasti ada di antara kita yang sedang ligat memikirkan tentang bagaimana nak menambah pendapatan. Apatah lagi bagi yang masih belum dikurniakan rezeki mendapat pekerjaan, memang pening memikirkan bagaimana nak mendapatkan wang bagi meneruskan kelangsungan hidup. Dengan tanggungjawab sebagai anak/ketua keluarga, sudah tentulah beban menghadapi masalah kewangan sangat berat untuk dipikul. 

Jadi, hari ni Zura akan kongsikan cara untuk menjana pendapatan sendiri melalui Program Young Entrepreneur System (YES) Shaklee.


Keluarga besar kami dari iReach sempena National Conference Shaklee 2015


Sertai Kami Melalui Program Young Entrepreneur System (YES)

Dengan menyertai kami, melalui Program Young Entrepreneur System (YES), anda berpeluang menjalankan perniagaan sendiri dan menjana pendapatan sendiri. Golongan sasaran untuk menyertai program keusahawanan ini ialah golongan belia. Namun, program ini juga terbuka kepada surirumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri dengan modal yang rendah. 



Bagaimana Menyertai YES.

1. Daftar keahlian dengan membayar yuran keahlian atau dengan pembelian produk sebanyak 200uv, anda layak mendapat keahlian seumur hidup secara PERCUMA.

2. Setelah anda selesai mendaftar, anda secara automatik akan berpeluang menyertai program YES dan TAHNIAH kerana perjalanan anda sebagai usahawan bermula disini.



3. Anda akan mendapat bimbingan mentor-mentor yang hebat dan telah membuktikan kejayaan mereka. Oleh itu, adalah saaangattt penting untuk anda memilih group Shaklee yang betul supaya mendapat bimbingan yang sewajarnya. PANDUAN MEMILIH GROUP SHAKLEE YANG BETUL.


Apakah kelebihan program YES?

1. Ahli baru YES yang menepati kriteria pelan perniagaan layak mendapat Monthly Matching Bonus (anda akan diberi penerangan lanjut setelah mendaftar keahlian).

2. Modal perniagaan (yuran keahlian) yang rendah dan berpeluang mendapat pendapatan tambahan sebanyak 50 peratus daripada pendapatan bersih (juga untuk ahli yang menepati kriteria).


Masih ragu-ragu?

Jika masih terdapat persoalan, anda bolehla menghubungi saya. Jika anda risau dan menganggap perniagaan ini adalah satu SKIM CEPAT LINGKUP, anda tak perlu risau kerana saya sendiri begitu takut jika terjebak dengan SKIM CEPAT LINGKUP!



Shaklee bukanlah tempatnya untuk anda menjalankan bisnes sambil rileks-rileks tak payah buat kerja, alih-alih boleh dapat bonus ribu-riban.

Anda bolehla melayari www.shaklee.com.my dan skrol kat bawah sedikit dan klik bahagian SUMBANGAN KAMI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim perniagaan Shaklee..

InshaAllah kita akan bertemu lagi di lain entri. 

Selamat menelaah & hubungi saya untuk urusan pendaftaran anda sekarang!









Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

7 Tanda Ibu Hamil Terpaksa Berbuka Puasa Demi Keselamatan Diri Dan Bayi


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, Zura nak kongsikan kepada ibu-ibu hamil mengenai tanda-tanda yang menunjukkan ibu hamil terpaksa berbuka puasa dengan segera. Dalam Islam, ibu hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu keringanan yang ditawarkan.



1. Pengsan, pening kepala yang serius, keletihan melampau, atau lemah walaupun telah berehat.




2. Mengalami loya atau muntah-muntah.

3. Pantau pergerakan bayi (aktif bergerak/kurang bergerak@menendang) bagi ibu-ibu yang hamil melebihi 20 minggu.

4. Mengalami tanda-tanda dehidrasi seperti sangat haus atau urin berwarna gelap serta berbau kuat.

5. Mengalami kesakitan seolah-olah hendak bersalin.

6. Demam.

7. Mengalami hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang rendah).


Berbuka puasa dengan segera adalah perlu jika ibu hamil mengalami simptom di atas. Ibu-ibu hamil disarankan samada meminum air yang mengandungi garam & gula, ubat dehidrasi ataupun Performance Drink bagi mengatasi masalah dehidrasi.

Terdapat juga ibu hamil yang dilarang berpuasa oleh doktor atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan seperti mengalami:-

1. GDM - kencing manis semasa hamil.

2. Asma kronik.

3. Mengalami tekanan darah tinggi tak terkawal.

4. Hamil bayi kembar.

5. Berisiko melahirkan bayi pramatang.

6. Mengalami komplikasi kehamilan yang serius.

7. Penyakit buah pinggang.


Ibu hamil yang berada dalam kumpulan risiko seperti di atas hendaklah menggantikan puasa yang telah tertinggal. Bagi ibu hamil yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang berpuasa di bulan yang mulia ini.

Tips Untuk Ibu Hamil Yang Berpuasa.

1. Elakkan/jauhi tempat/perkara yang boleh memberi tekanan kepada anda dan sentiasa bertenang.

2. Elakkan melakukan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan tenaga yang banyak supaya anda tidak mudah letih dan untuk mengelak dehidrasi.

3. Rancang aktiviti yang bakal dilakukan.

4. Elakkan berjalan ke tempat yang jauh serta membawa barang berat.

5. Kurangkan aktiviti lasak dan meletihkan.

6. Dapatkan rehat secukupnya.

7. Minum banyak air (2-3 liter) sepanjang tempoh berbuka puasa hingga waktu sahur supaya badan segar dan bertenaga.




Diharap ibu hamil kat luar sana mendapat panduan daripada perkongsian kali ni. Zura doakan agar ibadah kita semua berjalan lancar nanti dan dipermudahkan. Jika ada di antara ibu hamil yang berhasrat untuk mendapatkan Set Mighty 3 Gems untuk persediaan di bulan Ramadhan, hubungi Zura di talian 016-800 4628.




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 





sumber: babycenter
              ikim.gov.my

Read More

Tips Berpuasa bagi Ibu Hamil Supaya Kekal Cergas


Bulan Ramadhan yang bakal tiba membuatkan semua orang dah tak sabar menanti ketibaannya. Ada ibu hamil yang tak nak melepaskan peluang untuk berpuasa penuh. Ada pula yang terdetik soalan "larat ke aku nak berpuasa" ? Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, Zura nak kongsikan tips berpuasa bagi ibu hamil supaya kekal cergas di bulan puasa.



Tips pemakanan semasa berpuasa bagi ibu hamil.

1. Ambil makanan yang membekalkan protein yang tinggi seperti ikan, telur, daging kerana ianya mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan ia dapat membantu membekalkan tenaga. Pastikan juga mengambil makanan yang membekalkan nutrisi yang lengkap yang diperlukan badan.

2. Makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan  seperti kurma dan makanan yang rendah glisemiks indeks perlu untuk ibu hamil kerana membantu ibu hamil rasa kenyang untuk tempoh yang lama.



3. Pastikan ibu-ibu tak lupa mengambil vitamin tambahan untuk ibu hamil untuk membantu kekal cergas.

4. Lewatkan waktu bersahur untuk mengelakkan dari rasa cepat lapar pada siang hari. Jadi, jangan culas bangun sahur ye..ibu-ibu :)  

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

5. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter dalam tempoh selepas berbuka hingga sebelum imsak untuk mencegah anda daripada mengalami dehidrasi.

6. Sebolehnya, elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh semasa bersahur untuk mengelakkan ibu-ibu dari ternyahhidrat. Ibu-ibu boleh menggantikan minuman tersebut dengan meminum smoothies atau jus buah-buah segar.





7. Untuk mendapatkan vitamin, mineral serta pelbagai zat untuk persediaan berpuasa, ibu hamil bolehla memakan sup sayuran-sayuran yang dicampur dengan ayam.

Diharap ibu-ibu hamil dapat menjalani ibadah puasa dengan mudah dan pastinya ganjaran dari Allah menanti anda yang bersabar mengharungi bulan puasa dalam keadaan hamil. InshaAllah, di entri selanjutnya, Zura akan kongsikan tanda-tanda yang mengharuskan ibu hamil segera berbuka puasa. Apakah tanda-tanya? Pastikan ibu-ibu mengikuti entri terkini dari Zura ya..


Ingin mendapatkan Set Kehamilan & Set Berpuasa Cergas?

Anda boleh menempah secara online dan nantikan vitamin-vitamin tersebut datang kepada anda :))


Set Kehamilan

Set Berpuasa Cergas







Salam Hormat

Read More

Kesan Kencing Manis Terhadap Ibu Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian

Assalamualaikum

Gestational Diabetes adalah diabetis atau kencing manis yang bermula setelah wanita didapati hamil. Kencing manis semasa hamil biasanya berlaku pada pertengahan atau di lewat usia kandungan. Bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis semasa hamil, pastinya mereka tertanya-tanya apakah kesan kencing manis terhadap kehamilan mereka. Jadi, dikesempatan ini, Zura akan kongsikan mengenai kesan kencing manis terhadap ibu hamil.




Kesan Kencing Manis Terhadap Ibu Hamil

Tidak dinafikan, terdapat ramai ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil tidak mengalami masalah sepanjang tempoh hamil dan bayi yang dilahirkan juga dalam keadaan sihat. Namun, terdapat sebilangan kes di mana kencing manis mendatangkan masalah serius kepada ibu dan juga bayi.

Di antara kesan kencing manis terhadap ibu hamil ialah:-

1. Bayi membesar secara berlebihan  di dalam rahim akibat respon terhadap paras gula yang tinggi.

2. Ibu disarankan bersalin lebih awal (induction) dari tarikh jangkaan bersalin (due date).

3. Risiko kegagalan proses induction juga mungkin berlaku dan ibu tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan terpaksa bersalin secara pembedahan (caesaerean).

4. Terdapat kemungkinan risiko bahu bayi tersangkut semasa bersalin secara normal.

5. Risiko bayi maut di dalam rahim ( in utero death).

6. Bayi mengalami paras gula rendah (hipoglisemia) atau jaundis selepas dilahirkan dan dimasukkan ke wad rawatan rapi untuk pemerhatian pakar paediatrik.

7. Bayi berisiko untuk menghidap kencing manis apabila dewasa kelak.

8. Bayi berisiko mengalami kecacatan saraf (spina bifida).



Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) berlaku?

Diabetes berlaku apabila badan seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang berfungsi untuk mengawal gula dalam darah yang secukupnya. Semasa proses kehamilan, ibu hamil akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk keperluan bayi di dalam kandungan. 

Ibu hamil akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah apabila badan mereka tidak dapat menyediakan insulin tambahan dan menyebabkan kencing manis.




Wanita yang berisiko tinggi mengalami kencing manis semasa hamil ialah:-

1.Mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30.

2.Pernah melahirkan bayi bersaiz besar iaitu dengan berat badan 4kg atau lebih.

3.Menghidap kencing manis sebelum hamil.

4.Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis.

5.Berumur lebih daripada 35 tahun.




Kaedah Rawatan Bagi Ibu Hamil Yang Mengalami Kencing Manis.

1. Mengawal pemakanan/diet dengan mengamalkan diet yang seimbang.




2. Melakukan senaman untuk ibu hamil.

3. Mengurangkan kandungan gula dalam darah dengan menghadkan pengambilan makanan atau minuman yang manis.

4. Jika paras gula dalam darah masih tinggi walaupun senaman dan diet telah dilakukan, doktor akan menyarankan suntikan insulin. 


Cara Mengelak GDM Daripada Berlaku;

Daripada faktor risiko yang telah Zura nyatakan di atas, Zura pasti ibu-ibu hamil semua dah dapat agak cara nak cegah GDM daripada berlaku kan? Okay, takpe Zura nyatakan juga apakah cara mencegah GDM ni;

1. Sebolehnya, sebelum hamil, dapatkan berat badan (BMI) yang ideal.

2. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

3. Semasa merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan 5mg setiap hari untuk mencegah bayi dari mendapat spina bifida (tiub saraf tidak tertutup dengan baik).

4. Rajin bersenam :)

Bagaimana supplemen membantu masalah GDM/kencing manis semasa hamil.

Zura sendiri mempunyai pelanggan yang menghadapi masalah kencing manis semasa hamil. Alhamdulillah dengan izinNYA, setelah konsisten mengamalkan supplemen untuk mengawal paras gula beliau, bacaan gula dalam darah beliau kembali stabil. Apakah yang beliau amalkan? Jom Zura bagitau...

1. ESP - sangat diperlukan bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis kerana ianya  mengekalkan tahap gula yang sihat (rendah glisemiks indeks). Selain itu, ia menyebabkan rasa kenyang yang lama; secara tak langsung boleh membantu ibu mengawal keinginan untuk sentiasa makan.

2. B.Complex - membantu mengawal paras gula dalam darah. Sangat penting diambil sejurus anda merancang untuk hamil bagi mengelakkan bayi daripada cacat.

3. Ostematrix. - menggalak penghasilan insulin. Selain itu, Ostematrix juga dapat mencegah kekejangan (cramps) yang biasa dialami ibu hamil serta membekalkan kalsium yang mencukupi.

4. Vitalea. - membekalkan nutrisi lengkap kepada ibu hamil. Kandungan kromium yang terdapat dalam vitalea membantu toleransi gula di dalam darah.

5. SR Vita C. - membantu meningkatkan sistem imun serta membantu memperbaiki masalah insomnia (sukar untuk tidur).

6. Omega Guard - DHA merupakan nutrien utama bagi otak, sistem saraf dan retina. Ianya sangat penting untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan.




Nasihat Zura kepada ibu hamil yang mengalami kencing manis, jangan mengambil mudah masalah ini kerana risiko yang dihadapi memberi kesan terhadap ibu sendiri dan bayi di dalam kandungan.

Dengan mengesan awal gejala ini serta mengawal paras gula dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang mungkin berlaku.

Bertindaklah sekarang! Hubungi saya bagi mendapatkan supplemen untuk mengawal paras gula dalam darah anda.










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More