Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menunaikan Haji Dan Umrah

Setiap Muslim pastinya menyimpan hasrat untuk menunaikan haji atau umrah. Tambah lagi dengan musim mengerjakan haji pada masa sekarang ni, hati ini semakin berkobar-kobar untuk ke tanah suci Mekah.

Zura doakan kita semua direzekikan menjadi tetamu istimewaNya pada tahun-tahun yang akan datang. Sementara menunggu giliran kita untuk menunaikan haji atau umrah, apa kata kita mempersiapkan diri kita dari segi fizikal, mental, emosi dan spritual terlebih dahulu. Jadi, hari ini Zura nak kongsikan persiapan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan haji atau umrah.




Persediaan Sebelum Menunaikan Haji Atau Umrah.

1. Membuat Persediaan Dari Segi Kewangan.

Niat nak mengerjakan haji atau umrah dah ada, jadi tindakan seterusnya semestinya ialah dengan membuat persediaan kewangan. Langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka akaun di Tabung Haji. Peruntukkan sejumlah wang dan simpanlah dengan konsisten. Lebih baik sekiranya simpanan digandakan setiap tahun. 

2. Belajar Cara Atau Kaifiat Mengerjakan Haji /Umrah.

Belajar cara atau kaifiat mengerjakan haji atau umrah daripada ustaz atau orang yang berpengalaman dan mahir. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ibadah yang dilakukan menjadi sia-sia jika kesilapan atau kecuaian dilakukan.

3. Membaca Buku-buku Yang Berkaitan.

Buku-buku mengenai haji atau umrah juga bolehla dibaca bagi mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada serta memudahkan kita untuk membuat ulangkaji mengenai cara-cara mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Selain itu, dengan banyak membaca buku mengenai kota suci Mekah dan Madinah, lebih mudah untuk kita memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku di tempat yang diziarahi semasa di sana.




4. Membuat Senaman, Latihan Kecergasan dan Latihan Berjalan Kaki.

Senaman dan latihan kecergasan yang teratur sangat perlu dilakukan untuk melatih stamina dan keadaan fizikal supaya sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan sihat.

Latihan berjalan kaki dilakukan bertujuan untuk membiasakan kita berjalan ulang alik pergi/balik ke masjid serta melakukan ibadah seperti tawaf, saie dan melontar Jamrah. 

Latihan berjalan kaki boleh dilakukan dalam anggaran jarak 4 km, 3 kali dalam seminggu. Sebaiknya latihan ini dilakukan secara konsisten dalam masa 4 atau 2 bulan sebelum berangkat ke tanah suci.


5. Membiasakan Diri Dengan Perubahan Cuaca.

Perubahan cuaca yang akan dialami agak ketara semasa berada di tanah suci Mekah. Suhu pada musim panas pada waktu siang boleh mencecah sehingga 40 -50°C manakala suhu musim sejuknya boleh turun mencecah 10°C.

Kita boleh berlatih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas dengan melakukan aktiviti seperti berkebun atau bangun malam untuk berqiamullail bagi membiasakan diri dengan kedinginan air dan cuaca sejuk.  

6. Belajar Membaca Al-Quran dan Berdoa.

Jika sudah lama tidak membaca Al-Quran atau pembacaan Al-Quran tidak begitu lancar, cari guru untuk belajar membaca Al-Quran. 

Kita tentunya tidak mahu melepaskan peluang berdoa di tempat-tempat mustajab berdoa semasa Mekah. Pelajari dan hafal doa-doa khusus di tempat-tempat tertentu serta hayati maknanya agar kita dapat berdoa dengan khusyuk dan rasa kerdil di hadapan Allah SWT.


7. Melakukan Pemeriksaan Kesihatan.

Beberapa bulan sebelum berangkat ke Mekah, eloklah sekiranya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui keadaan kesihatan kita. Ini adalah penting supaya kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal.
.
8. Menyediakan Semua Kelengkapan Secukupnya.

Senaraikan peralatan/kelengkapan seperti pakaian, telekung dan lain-lain yang perlu dibawa semasa mengerjakan haji/umrah. Tidak semestinya semua kelengkapan perlu dibeli baru, seboleh-bolehnya elakkan pembaziran.

Ubat-ubatan hendaklah dibawa secukupnya bagi yang mengalami sakit seperti asma, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan sebagainya. Difahamkan, harga ubatan di sana agak mahal.

Selain itu, supplemen tambahan seperti SR Vita C untuk melindungi sistem imunisasi badan daripada jangkitan penyakit, B.Complex untuk membekalkan tenaga, Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet (AJHT) untuk kesihatan kaki dan sendi yang optimum juga perlu dimasukkan dalam senarai barang keperluan untuk dibawa ke tanah suci. Di samping, jangan lupa untuk membawa sekali Performance Drink iaitu minuman untuk mengelak dehidrasi. 


Jika korang/ibu bapa korang bakal menunaikan haji/umrah pada masa akan datang, bolehla menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen-supplemen yang Zura bagitahu tadi. Semoga urusan dan amal ibadah kita semua diterimaNya seandainya kita berpeluang menjadi tetamu istimewaNya untuk menunaikan haji/umrah satu hari kelak.



Sumber:shafiqolbu












Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Read More

Barisan Artis Yang Mengamalkan Supplemen Shaklee Yang Anda Patut Tahu


Artis guna Shaklee??? Pernah tak korang tercari-cari artis mana yang guna Shaklee? Atau senang cerita jadi duta produk Shaklee? Haaa...baik mengaku :) Sebenarnya, semasa Zura mula-mula mengenali Shaklee dulu, hairan juga mengapa iklan produk Shaklee tak pernah keluar kat tv.. Dah tu, tak nampak pulak duta Shaklee di kalangan artis-artis tanahair kita ni.

Dan misi Zura membongkar rahsia dan mencari pun bermula...Setelah puas mencari, rupa-rupanya memang Shaklee tak pernah melantik mana-mana artis sebagai duta mereka. Biasanya barang yang baik dan bagus, memang selalu menjadi buah mulut ye tak? Ramai je yang sudi menjadi jurucakap tak rasmi produk Shaklee ni. Kata orang, lets the products do the talking.



Sebenarnya terdapat sebilangan artis tanahair kita yang mengamalkan produk Shaklee ni. Mereka mengamalkan produk Shaklee bukanlah kerana dilantik oleh Shaklee menjadi duta..tetapi, mereka mengamalkan supplemen Shaklee kerana telah merasa sendiri keberkesanan produk Shaklee ni. Siap ada yang dah mendaftar menjadi ahli serta menjadi pengedar. Wahh...hebat!!!

Kalau korang nak tahu artis mana yang telah menjadi ahli & pengedar Shaklee, korang kena baca entri ni sampai habis..hehe


Antara Artis Yang Consume Shaklee

1. Ayu Raudhah

Minuman kesihatan yang Ayu ambil ialah VIVIX.

“ Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu VIVIX Shaklee”


Selain itu rahsia kecantikan Ayu Raudhah ialah, beliau kurang mengambil nasi dan sangat mengawal pemakanan.




2. Mizz Nina

Antara produk yang diamalkan Mizz Nina ialah Vitalea, Vitamin C, Zinc serta B. Complex.






3. Elfira Loy

Elfira Loy ni antara salah seorang penggemar Performance Drinks. Memang sedap la bila diminum ketika sejuk. Aargghh...segarnya!



4. Rita Rudaini

Rita Rudaini memang pengguna tegar supplemen Shaklee. Bukan je Rita seorang yang mengamalkan supplemen Shaklee, anak-anaknya juga diberikan minuman bernutrisi Meal Shakes.

Antara supplemen yang Rita Rudaini amalkan ialah Vitalea, DTX Complex, Peppermint Ginger, Herblax, Omega Guard dan VIVIX.










Korang tau tak, Rita dah pun menjadi ahli Shaklee & pengedar juga.





Eh!! Bajet macam artis pulak Zura ni..haha..Tak perlu tunggu jadi artis baru boleh jadi duta produk kan.. Zura pun pengguna tegar Shaklee tau.. Nak tau pengalaman Zura dengan produk Shaklee, korang boleh baca kat SINI, DI SINI dan DI SINI.


Nak tau apa yang istimewanya produk Shaklee ni? Jom tinjau....

Keistimewaan Produk Shaklee.

1. Sentiasa Selamat.

- Saintis Shaklee sentiasa mencari di seluruh dunia untuk mendapatkan sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Selain itu, Shaklee juga menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

2. Sentiasa Berfungsi.

Shaklee mempunyai bukti keberkesanan produknya melalui dalam lebih 100 kertas kerja saintifik. Bukan setakat itu aje, malah lebih daripada US$250 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

3. Sentiasa Mesra Alam.

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate Neutral yang telah disahkan benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam sekitar.


Sebelum Zura mengundur diri, Zura nak minta maaf kat korang jika Zura bergurau tak kena pada tempatnya..hihi.. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri. Oh ya, sebelum Zura terlupa, jika korang berminat nak sertai keluarga besar Shaklee kami dengan mendaftar keahlian, jom hubungi Zura sekarang. Biar Zura uruskan pendaftaran korang :D






Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu: Elakkan Kita Dan Keluarga Terjejas Akibatnya

Jerebu melanda negara kita lagi kebelakangan ni. Jiran dari seberang punya angkara, kita kat Malaysia pun mendapat tempias akibat dari pembakaran hutan di sana. Banyak perkara yang perlu kita ambil perhatian terutamanya dari segi kesihatan apabila berdepan dengan masalah jerebu. Jadi, hari ni kita bercerita tentang penjagaan kesihatan semasa jerebu ye.

Apakah Jerebu

Jerebu adalah satu fenomena yang berlaku disebabkan kehadiran banyak partikel-partikel kecil yang terapung-apung di udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pancaran cahaya matahari ke bumi menjadi tersekat apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang sangat banyak serta berkelompok. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.



Punca-punca Jerebu

Pembakaran terbuka pada skala yang besar, 
Asap dari kilang dan 
Asap kenderaan.

Cara Mengetahui Status Kualiti Udara.

Status kualiti udara dinilai melalui indeks pencemaran udara (IPU). IPU digunakan untuk mengetahui kualiti udara serta kesannya terhadap kesihatan. Kriteria pengukuran IPU adalah berdasarkan lima bahan pencemar udara iaitu ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter.

Nilai IPU             Status Kualiti Udara              Deskripsi

0-50                            Baik                                     -

51 - 100                  Sederhana                                 -

101 - 200                 Tidak Sihat                  Kumpulan berisiko 
                                                                    berkemungkinan terjejas

201 - 300         Sangat Tidak Sihat                 Orang ramai 
                                                                    berkemungkinan terjejas
   
301-500                Merbahaya                         Orang ramai 
                                                                    berkemungkinan terjejas
   


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan.

Apabila terdedah kepada jerebu secara berterusan, antara kesan terhadap kesihatan yang akan dialami adalah seperti;

  • Kesukaran bernafas atau sesak nafas.
  • Mata menjadi pedih dan kemerah-merahan serta berair.
  • Selesema dan kerap bersin.
  • Gatal-gatal di kerongkong.
  • Batuk-batuk.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit dada.
  • Sakit kepala.


Golongan Berisiko Tinggi Terjejas Akibat Jerebu

Apabila IPU mencapai tahap sangat tidak sihat, semua orang berisiko mengalami masalah kesihatan akibatnya. Namun, golongan berikut adalah yang lebih tinggi risikonya:

  • Kanak-kanak
  • Penghidap asma 
  • Penghidap bronkitis
  • Pesakit jantung
  • Perokok
  • Pesakit paru-paru kronik
  • Pesakit radang paru-paru
  • Penghidap alahan
  • Warga tua
  • Pekerja di tempat binaan/luar pejabat.


Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

Elakkan melakukan aktiviti di luar rumah.
- Seboleh mungkin, elakkan daripada melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, beriadah dan sebagainya. Jika terpaksa keluar rumah, pastikan memakai penutup mulut.

Jauhi diri dan keluarga daripada perokok dan asap rokok.
- Dalam keadaan berjerebu, asap rokok memburukkan lagi keadaan. Jauhilah perokok daripada berada berdekatan anak anda. Ada baiknya jika perokok mengurangkan aktiviti merokok semasa jerebu atau lebih baik jika berhenti merokok terus!

Utamakan kebersihan.
- Pastikan anak-anak segera mencuci muka atau mandi setelah balik dari sekolah ataupun setelah keluar dari rumah. 

Minum air suam 
- Amalkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air suam dalam sehari supaya badan kita tidak kekurangan cecair.

Amalkan pemakanan berkhasiat.
- Banyakkan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran yang tinggi antioksida serta serat. 

Elakkan mengambil minuman berkafein/alkohol.
- Jauhi daripada mengambil minuman berkafein seperti kopi dan beralkohol. Minuman tersebut boleh menyebabkan kekerapan membuang air kencing serta mengakibatkan dehidrasi.

Jangan berhenti menyusukan bayi anda.
- Jika anda sedang menyusukan bayi anda, teruskan penyusuan dan pastikan bayi anda menyusu dengan cukup.

Dapatkan rehat yang secukupnya.
- Tidur atau rehat yang secukupnya memberikan kesegaran kepada badan kita setelah penat bekerja seharian.

Dapatkan rawatan segera.
- Jika anak atau ahli keluarga menunjukkan simptom sesak nafas atau asma, segera dapatkan rawatan ke klinik atau hospital. Jangan dibiarkan pesakit tanpa mendapat rawatan kerana ianya boleh membahayakan nyawa mereka. 




Bagaimana Supplemen Membantu Meningkatkan Imunisasi Badan.

Imunisasi badan yang tinggi membantu menjauhkan diri kita dan ahli keluarga daripada mendapat pelbagai penyakit yang berkaitan jerebu. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati penyakit?

Jom kita lihat supplemen yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan kita.

Carotomax
-Membantu menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman. Ianya juga menyekat keadaan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori, batuk, asma, flu dan selsema

SR Vita C (dewasa) @ Chewy Cita C (kanak-kanak).
- Vitamin C membantu meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan simptom flu dan selsema.

- Merupakan anti oksida yang kuat yang berperanan mengukuhkan sistem imun serta mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.

Nota : Pakar nutrisi menyarankan pengambilan vitamin ACE bersama-sama untuk menggandakan kesan oksidasi dalam melawan radikal bebas.

- Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan, penyakit lelah, bronkitis serta membantu menyihatkan paru-paru.

- Membantu mencegah dehidrasi, mengurangkan kehausan serta membekalkan elektrolit dalam tubuh.


Semoga kita semua sihat-sihat selalu. Selamat mengamalkan panduan penjagaan kesihatan yang Zura bagitau tadi. Jika ahli keluarga anda kurang sihat, segera berjumpa doktor. Bagi yang nak meningkatkan imunisasi badan seisi keluarga, hubungi Zura untuk dapatkan supplemen yang diingini.

Ingat! Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Bertindak segera.









Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Tips Mengekalkan Keharmonian Hubungan Suami Isteri Agar Sentiasa Hangat Seperti Pasangan Baru Bercinta

Perkahwinan adalah momen yang paling indah dan manis bagi pasangan uda dan dara yang telah sepakat untuk menempuh kehidupan berumahtangga. Namun, sejauh manakah kita bersedia menempuh alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran di zaman moden dewasa ini? Hubungan suami isteri seboleh-bolehnya, biarlah sentiasa hangat dan mesra seperti di awal-awal usia perkahwinan dahulu walaupun zaman “pengantin baru” telah lama ditinggalkan.




Ada pasangan yang berjaya mengemudi alam rumahtangga mereka dengan baik dan ada pula sebaliknya. Benarlah seperti kata pepatah yang menyatakan “ Ku sangkakan panas berpanjangan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari”….. 

Inilah scenario yang berlaku setelah beberapa tahun Mira (bukan nama sebenar) dan Azman (bukan nama sebenar) 

Berkahwin atas dasar suka sama suka, namun tak tahu di mana silapnya sejak kebelakangan ini rumahtangga mereka agak suram/hambar. Walaupun hubungan kedua-dua mereka agak suram, namun masing-masing masih lagi menjalankan tugas sebagai isteri/suami seperti biasa. Hinggalah pada suatu hari, mereka sepakat untuk berbicara dari hati ke hati mengenai masalah mereka.




Ini adalah kerana masing-masing masih mahu mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina selama hampir 10 tahun. Dipihak Mira, menurutnya, dia sering berasa letih dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga mereka. Kesibukkan di tempat kerja dan urusan rumah tangga yang seperti tiada berkesudahan menyebabkan adakalanya, tanpa disedari, Mira melampaiskan amarahnya kepada anak-anak mereka yang masih kecil. 




Menurut Mira lagi, sesekali dia begitu teringin jika Azman juga turut membantunya dalam urusan rumahtangga. Ditambah pula, tidurnya sering terganggu sejak kebelakangan ni akibat dengkuran Azman yang bunyinya seperti serombong kapal! Sudahnya, menjelang pagi, dia bangun dalam keadaan yang lesu dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan moodnya.

Azman terangguk-angguk sambil sesekali tersenyum mendengar pengakuan ikhlas dari isterinya. Kini, terjawabla sudah persoalan mengapa isterinya sering kelihatan lesu dan tidak bermaya, malah penampilannya ketika di rumah juga sering tidak terurus.

Rupanya, sikapnya sendiri yang jarang sekali membantu isterinya dengan urusan rumah tangga menjadi punca masalah selama ini. Mira tidak pernah merungut atau meminta pertolongan darinya, menyebabkannya tidak begitu ambil peduli dengan urusan rumah tangga mereka. Baginya, Mira mampu melakukan semua kerja tersebut. Padanlah Mira kadang-kadang menolak ajakannya untuk bersama kerana menurutnya beliau tersangat letih.

Azman mengakui kebelakangan ni memang dia berdengkur. Itu pun setelah diberitahu oleh Mira. Baginya ia adalah perkara biasa kerana anggapannya, dia hanya berdengkur apabila terlalu penat bekerja di siang hari. Walhal, setiap malam tidur Mira terganggu dek dengkurannya.

Setelah sesi berbicara dari hati ke hati selesai, kedua-duanya berazam untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Tidak cukup dengan tu, Mira mendapatkan nasihat dari sahabat baiknya. Sahabat baiknya yang sememangnya seorang yang menitikberatkan kesihatan mencadangkan Mira mengamalkan B. Complex, Gla Complex, Vitalea dan Alfalfa Complex daripada Shaklee. Manakala, untuk Azman pula, supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah dengkur ialah Vitamin E dan Zinc Complex.

Setelah lebih kurang 2 bulan mengamalkan supplemen yang dicadangkan sahabatnya, Mira dan Azman mula dapat merasakan kesannya. Mira sudah berjaya mengawal emosinya manakala Amran pula semakin rajin membantu isterinya. Apa yang paling best, Mira tidak lagi mudah berasa letih. Amran masih lagi berdengkur, tetapi tidak lagi pada setiap malam. Mereka semakin menghargai sesama mereka dan Mira tidak lagi menolak ajakan Azman untuk bersama.

Selain usaha tersebut, mereka juga berusaha mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah SWT.  

Zura pasti ada di antara pembaca yang mengalami situasi seperti yang dialami Mira & Azman. Disini, Zura ingin kongsikan tips mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Tips Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga

1. Suami bolehla mengikut teladan Rasulullah s.aw dalam melayani isteri baginda. Umpamanya, memanggil isteri dengan panggilan istimewa atau minum bergantian pada cawan yang sama.

2. Suami yang ringan tulang membantu tugasan isteri pastinya akan membuatkan isteri terpikat dan sangat berterima kasih dengan anda.




3. Sesekali bawalah isteri bercuti ke tempat yang ada sentimental value buat anda berdua.



4. Isteri pula hendaklah menghormati suami dan elakkan membenarkan lelaki yang bukan muhrim memasuki kediaman semasa ketiadaan suami.

5. Komunikasi, kejujuran serta kepercayaan antara satu sama lain sangat penting dalam hubungan suami isteri. 

6. Jangan lupa tarikh penting dalam kehidupan anda berdua seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir pasangan. Raikan hari istimewa tersebut bersama-sama.

7. Cipta kejutan yang membuatkan pasangan anda gembira dan merasakan dirinya dihargai anda.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Jika ada di antara anda yang mengalami masalah dalam rumah tangga, jangahlah bertindak terburu-buru. Ingat! Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Mohonlah kepada Yang Maha Esa agar dikeluarkan dari segala kesulitan.

Bagi yang ingin mendapatkan supplemen seperti Mira dan Azman pula, cepat-cepatlah menghubungi Zura ya ;D










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More