Kepentingan Omega Guard Kepada Kesihatan Minda Ibu-Ibu Untuk Elak Mudah Lupa


KENAPA MAK-MAK PERLUKAN OMEGA GUARD?

Tugas mak-mak zaman sekarang memang mencabar, tak kira la surirumah,mak yang bekerja ataupun yang work at home mom.






Asal celik je mata pagi-pagi, tangan mulala menyerupai sotong kan...😂

Emosi??

Toksah kira...mestilah berwarna-warni...

Kalau mak-mak selalu emo atau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!

Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Kalau asyik STRESS, mak-mak silalah amalkan Omega Guard combo dengan B Complex 😉

Believe me, it works like a charm 😆

Kalau boleh, biarlah satu rumah kita kasi hepi-hepi ni.

Oh ya, sebelum Zura terlupa, penyakit nyanyuk pun dikaitkan dgn kekurangan Omega-3 tau. Jadi, kalau parents anda ada simptom-simptom nyanyuk, inilah masanya anda berikhtiar untuk membantu memulihkan ingatan mereka Omega Guard.

Hubungi Zura di 016-800 4628 untuk dapatkan Omega Guard anda hari ini

Ok bai...




Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

Read More

Landmark Study:Membuktikan Shaklee Berbeza Berbanding Vitamin Jenama Lain

Jika anda bercadang untuk mengamalkan supplemen sebagai langkah menjaga kesihatan (disamping mengambil pemakanan seimbang, gaya hidup sihat dsbnya), antara soalan yang patut anda tanya sebelum memilih sesuatu jenama supplemen adalah ADAKAH SYARIKAT TERSEBUT MELAKUKAN LANDMARK STUDY TERHADAP PRODUK MEREKA?

Mengapa Landmark Study Sangat Penting?

Landmark Study yang dijalankan oleh University Berkeley terhadap supplemen Shaklee menunjukkan orang-orang yang mengamalkan supplemen Shaklee dalam tempoh 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding kumpulan yang tidak mengambil supplemen dan kumpulan yang mengambil supplemen jenama lain.






Jika syarikat supplemen pilihan anda tidak menjalankan Landmark Study, anda tak perlu berfikir panjang lagi dengan nak ‘give-it-a-try’ .

Buatlah pilihan bijak dengan memilih supplemen yang

SENTIASA SELAMAT,

SENTIASA BERKESAN

SENTIASA SEMULAJADI

That’s is SHAKLEE

Masih ada persoalan?

Tanya Azura @ 016 800 4628
Read More

Tanda Dan Punca Penyakit Parkinson Yang Mesti Diketahui Serta Cara Mengawalnya

Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit kemerosotan saraf (gangguan neurodegeneratif) yang perlu diambil perhatian. Menurut Ketua Jabatan Perubatan di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim, Parkinson berlaku apabila satu sel kimia di otak yang dikenali sebagai dopamin berkurangan.

Apabila tahap sel dopamin berkurangan, ianya menyebabkan aktiviti otak menjadi tidak normal, dan mengakibatkan pergerakan fizikal manusia menjadi terjejas.





Kebelakangan ini, peningkatan jumlah kes penyakit Parkinson menunjukkan betapa penyakit ini perlu diambil perhatian dan kesedaran. Antara faktor penyebab meningkatnya kes penyakit Parkinson adalah disebabkan kurangnya kesedaran atau pengetahuan mengenai penyakit tersebut.  
Orang ramai beranggapan bahawa otot yang kaku atau kemerosotan daya untuk bergerak sebagai tanda seseorang itu mengalami proses penuaan, sedangkan tanda tersebut adalah merupakan simptom penyakit Parkinson.

Gejala Awal Seseorang Menghidap Parkinson

Menurut Dr. Norlinah, pada peringkat awal, tiada gejala yang ketara. Cuma, kebanyakkan pesakit sering mengadu rasa letih, lesu, dan sering mengalami kekejangan pada waktu malam.

Keadaan tersebut boleh disalah erti seperti strok atau slip disc kerana pesakit berasa seolah-olah urat ditarik-tarik serta pergerakan mereka terganggu.


Antara Tanda-tanda Penyakit Parkinson

1. Terketar-ketar/Menggeletar (tremor).

- Biasanya, menggeletar bermula pada anggota badan iaitu pada tangan atau jari-jemari. Pesakit didapati kerap menggosok ibu jari dan jari telunjuk. Satu tanda yang nyata penyakit ini adalah apabila tangan pesakit menggeletar semasa dalam keadaan rehat (tidak melakukan sebarang aktiviti). 

2. Pergerakan yang perlahan (bradykinesia).

- Penyakit Parkinson akan menyebabkan pergerakan pengidapnya menjadi terbatas ataupun lambat. Ianya juga menyebabkan tugas harian yang mudah menjadi sukar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, langkah menjadi semakin pendek apabila berjalan dan untuk bangun daripada kerusi menjadi begitu sukar. Pesakit juga didapati mengheret kaki semasa berjalan menyebabkan mereka susah untuk bergerak. 
  
3. Otot kaku. (rigidity)

- Kekejangan otot akan berlaku pada mana-mana bahagian anggota badan. Otot yang kejang boleh membataskan pergerakan dan menyebabkan kesakitan. 

4. Kemerosotan keseimbangan atau koordinasi badan (postural instability)

- Postur badan pesakit menjadi bongkok atau masalah keseimbangan badan akan berlaku akibat penyakit ini.


Peringkat Penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson menyerang individu dalam pelbagai cara, dan mereka akan mengalami pelbagai gejala. Walaupun gejala yang ringan atau teruk atau berlaku dengan kerap atau jarang, penyakit Parkinson mempunyai lima peringkat yang berbeza. 


Peringkat-peringkat penyakit Parkinson:

Peringkat satu
Semasa fasa awal penyakit ini, seseorang pesakit biasanya mengalami gejala ringan, seperti gegaran/terketar-ketar pada anggota badan. Pada peringkat ini, rakan-rakan dan keluarga biasanya dapat mengesan perubahan yang disebabkan oleh penyakit Parkinson melalui postur yang lemah, hilang keseimbangan dan ekspresi muka yang tidak normal.

Peringkat kedua: 
Pada peringkat kedua penyakit Parkinson, gejala yang dialami adalah dua hala iaitu ianya menjejaskan kedua-dua anggota badan (tangan dan kaki) dan kedua-dua belah badan. Pesakit biasanya menghadapi masalah untuk berjalan atau mengekalkan keseimbangan, dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan tugas-tugas fizikal yang biasa dilakukan menjadi lebih ketara.

Peringkat ketiga: 

Pada peringkat ketiga, pesakit mengalami ketidakupayaan untuk berjalan lurus atau berdiri. Terdapat perubahan dari segi pergerakan pesakit dimana ianya menjadi semakin perlahan.

Peringkat empat
Pada peringkat ini pesakit masih boleh berjalan, namun . Pada peringkat ini juga, kebanyakkan pesakit tidak dapat menyelesaikan tugas-tugas seharian dan biasanya tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri. 

Peringkat lima: 
Pada peringkat ini, pesakit tidak lagi dapat mengurus diri sendiri dan tidak dapat berdiri atau berjalan. Pesakit memerlukan ahli keluarga atau pasangan untuk menguruskan keperluan mereka.


Penyakit Parkinson sering diiringi dengan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti:

Masalah berkaitan ingatan atau dementia.

Kesukaran menelan/mengunyah.

Tulisan tangan berubah (semakin kecil).

Kemahiran motor (pergerakan) merosot.

Pertuturan berubah (suara tidak kedengaran, atau teragak-agak semasa bercakap.)

Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan. 
- Menerima rawatan untuk kemurungan boleh membuat ia lebih mudah untuk menangani cabaran-cabaran lain penyakit Parkinson.

Sembelit. 
- Berlaku disebabkan proses penghadaman menjadi lebih perlahan.


Faktor-faktor risiko penyebab seseorang itu menghidap penyakit Parkinson termasuklah:

1. Umur
Kebiasaannya, risiko seseorang itu menghidap Parkinson meningkat seiring dengan peningkatan usia. 

2. Keturunan
Mempunyai ramai saudara-mara dalam keluarga anda yang mempunyai penyakit Parkinson meningkatkan peluang anda mendapat penyakit tersebut. 

3. Jantina
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson berbanding wanita.

4. Pendedahan kepada toksin
Pendedahan berterusan kepada racun herba dan racun perosak boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit Parkinson.


Rawatan Atau Ubat Untuk Parkinson

Kebiasaannya, ubat yang diberikan kepada pesakit Parkinson dikenali sebagai levodopa iaitu sejenis ubat bagi menggantikan sel dopamin yang berkurangan di dalam otak. Kesan sampingan yang mungkin timbul kepada pesakit adalah seperti loya atau pening.

Setelah beberapa lama mengambil ubat ini, keberkesanan ubat ini akan berkurangan.

Selain itu, ubat antidepresan juga membantu meringankan gejala kemurungan yang biasanya dialami oleh pesakit Parkinson.


Bagaimana Perubahan Gaya Hidup Membantu Memudahkan Kehidupan Pesakit Parkinson

Terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang dapat membantu pesakit Parkinson meneruskan hari-hari mereka. Diantaranya ialah:

1. Pemakanan Berkhasiat.

Sesetengah makanan boleh membantu meringankan gejala yang dialami pesakit. Contohnya, mengambil makanan yang tinggi serat dan meminum jumlah air yang mencukupi boleh membantu mencegah sembelit yang biasa dialami pesakit Parkinson.

Diet yang mengandungi nutrien seperti omega-3 asid lemak, juga boleh memberi manfaat kepada pesakit Parkinson.

2. Senaman

Bersenam membantu menguatkan kekuatan otot, fleksibiliti dan keseimbangan pesakit. Selain itu, senaman juga mampu mengurangkan kemurungan dan keresahan pesakit Parkinson.







3. Mengelakkan diri dari terjatuh.

Pada peringkat akhir penyakit ini, pesakit boleh jatuh dengan lebih mudah. Walaupun terdapat halangan kecil (jalan yang tidak rata), pesakit mendapati begitu sukar untuk mengimbangi badan. Cadangan berikut mungkin boleh membantu:

* Elakkan membawa barang semasa berjalan.


Rawatan Alternatif 

Urutan.
Urutan membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu pesakit berasa lebih rileks.

Tai Chi.
Senaman ini dikatakan membantu meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan fleksibiliti pesakit. Beberapa langkah pada senaman ini adalah sesuai untuk semua peringkat usia atau keadaan fizikal seseorang.

Bagaimana Supplemen Membantu Pesakit Parkinson.

Ostematrix.
- Membantu transmisi(pergerakan) impuls saraf.

B.complex.
- Sebagai anti stress/kemurungan.

Omega Guard.
-Meningkatkan keupayaan ingatan pesakit Parkinson yang merosot.

Lecithin.
- Kolina pada lecithin membentuk penghantar pada saraf kranial untuk fungsi otak.

Vita E.
-Menghalang kerosakkan akibat radikal bebas.

- Sirap yang tinggi antioksidan ini bertindak memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA.


Walaupun hingga sekarang penyakit ini tidak boleh diubati, namun ubat-ubatan/supplemen seperti yang telah dinyatakan boleh membantu mengawal gejala-gejala pesakit Parkinson. Sekiranya gejala Parkinson dapat dikawal, secara tidak langsung tahap kesakitan juga boleh berkurangan.

Sebelum Zura akhiri artikel ini, Zura nak kogsikan testimoni seorang pesakit Parkinson dengan VIVIX.

 


Sekiranya artikel ini bermanfaat kepada anda atau mungkin kepada rakan-rakan anda, silakan share artikel ini kepada mereka.


Jika anda nak dapatkan supplemen untuk Parkinson, hubungi Zura segera, InshaAllah Zura sedia membantu anda.










Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 
Read More

Bagaimana Saya Menjana Pendapatan Tambahan Melalui Bisnes Shaklee


Dulu, sebelum kenal Shakli memang cepat capek/penat 😂😂..Alhamdulillah sejak mengamalkan supplemen Shaklee, agak bertenaga dan yang paling best dah jarang diserang selsema yang sering datang tiap 2 bulan.




Selain itu, sejak berkecimpung dalam bidang jualan ni, sedikit sebanyak membantu skill berkomunikasi Zura..Dulu..memang payah nak 'membuka mulut'. Peluang berkenalan dengan rakan-rakan positif pun banyak juga.

Paling penting, sejak berShaklee, mengajar Zura saling give and take, bersabar dan tak mudah goyah dengan rumors. Biasala, bila dah top (merujuk kepada Shaklee) ada-ada je berita yang tak sahih yang mengatakan Shaklee ni beginila..begitula..menyebabkan penyakit kronik la....(padahal tiap supplemen menjalani ujian yang ketat & ada landmark study).

Jadi, sebagai pengedar & pengguna, penting supaya kita tak mudah terpengaruh dengan rumors yang tak berasas tu. Alang-alang dah jadi pengguna, rugi pula tak berkongsi kebaikan supplemen semulajadi ni dengan orang ramai.

Shaklee pula tak mensia-siakan setiap pengedar yang serius nak berbisnes dengan membayar gaji tiap bulan disamping insentif lain.

Jika anda adalah salah seorang yang ingin menyertai team Zura untuk menjana pendapatan dengan Shaklee sambil membantu orang lain lebih sihat, bertindaklah dengan menghubungi Zura sekarang. Zura sedia membantu anda.

Selamat datang ke keluarga besar kami ☺

Your Shaklee Biz Partner/Mentor,
Azura Zainal 016-800 4628




Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

Read More

Simptom Penyakit Kayap Serta Petua Mengatasinya Sebelum Ianya Melarat


Kayap atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Shingles adalah masalah kulit yang disebabkan oleh kuman Varicella Zooster. Kuman tersebut juga adalah merupakan kuman yang sama yang menyebabkan penyakit campak.




Golongan Berisiko Diserang Penyakit Kayap.

1. Kebiasaannya, kayap terjadi kepada pesakit yang pernah menghidap demam campak. Virus Varicella Zooster ‘bersembunyi’ di dalam lapisan saraf pesakit yang telah dijangkiti demam campak. Ianya akan aktif semula dan pada ketika itu, simptom kayap akan timbul.

2. Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah juga berisiko untuk menghidap kayap. 

3. Individu yang mengambil ubat yang meninggalkan kesan kepada sistem imun mereka seperti steroid atau ubatan yang diambil setelah melakukan pemindahan organ. 


Simptom Kayap

Demam.

Badan berasa panas dan lesu.

Sengal atau kebas pada bahagian badan yang tertentu.

Rasa pedih atau rasa seperti dicucuk jarum pada jaringan saraf tempat Virus Varicella Zooster bersembunyi. 

Setelah beberapa hari mengalami simptom seperti di atas, ruam akan mula timbul. Ruam ini kelihatan seperti gelembung air seakan-akan ruam akibat campak, namun ianya sangat pedih. 

Sebelum Zura kongsikan rawatan untuk penyakit kayap, Zura nak ajak anda membaca pengalaman Cik Siti Norhayati Abdul Halim dengan kayap pada bahagian muka yang dialami oleh beliau.


TESTIMONI 005: SITI NORHAYATI ABDUL HALIM
Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! 
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke.. 
LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan
LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'. 
Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~
Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!
Happy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah.


Rawatan Untuk Kayap.

Adalah sangat penting mendapatkan rawatan awal dalam masa 3 hari selepas ruam mulai kelihatan. Terutamanya jika ruam terbentuk di bahagian muka. Ini adalah kerana ruam yang timbul di bahagian muka melibatkan jaringan saraf pada mata dan selaput mata. Dikhuatiri jika lambat mendapatkan rawatan ianya boleh menyebabkan buta.

Untuk mengurangkan risiko komplikasi akibat kayap, biasanya pesakit akan diberikan ubat anti-virus.

Supplemen Untuk Membantu Mengatasi Kayap.

3. Lecithin
4. VIVIX.

Setelah ruam mengecut, ia akan berbentuk seperti keruping. Keruping tersebut akan tertanggal dan meninggalkan parut. Selain itu, rasa sakit pada bahagian yang dihinggapi kayap akan masih dirasai selama beberapa minggu.

InshaAllah dengan supplemen yang dicadangkan di atas, kayap anda juga akan bertempiaran lari seperti mana yang dialami oleh Cik Siti Norhayati.

Anda boleh membuat pembelian Set Kayap ini secara online melalui butang order di bawah.

ATAU,

Hubungi Zura untuk mendapatkan set kayap anda hari ini.










Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 
Read More

Virus Zika Dan Kehamilan: Apa Yang Perlu Setiap Wanita Hamil Ketahui Tentangnya


Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan yang jangkitan virus Zika. Apa yang paling membimbangkan adalah apabila wanita hamil turut disahkan dijangkiti Zika. Sebelum Zura kongsikan lebih lanjut mengenai langkah pencegahan daripada jangkitan Zika, elok kiranya kita ketahui terlebih dahulu apakah Zika.





Apakah Zika.

Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk yang turut menyebarkan denggi dan chikungunya iaitu nyamuk Aedes. Jika denggi dan chikungunya hanya boleh disebarkan melalui nyamuk, berlainan pula halnya dengan Zika kerana ianya juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti Zika.




Bagaimana Zika Menjejaskan Ibu Hamil Yang Dijangkiti.

Kesihatan bayi di dalam kandungan wanita hamil yang dijangkiti Zika boleh terjejas. Antara risiko terhadap bayi adalah berkemungkinan bayi dilahirkan dengan kecacatan di bahagian kepala yang dikenali sebagai microcephaly.

Apakah microcephaly?

Microcephaly adalah suatu keadaan di mana kepala bayi yang mengalaminya adalah jauh lebih kecil daripada bayi dengan jantina dan umur yang sama. 

Semasa proses kehamilan, kepala bayi membesar seiring dengan perkembangan otak mereka. Microcephaly berlaku kerana otak bayi tidak berkembang dengan baik semasa di dalam kandungan atau telah berhenti berkembang selepas kelahiran; inilah yang menyebabkan saiz kepala bayi menjadi lebih kecil daripada saiz yang sepatutnya.





Gejala Zika Bagi Wanita hamil

Pesakit mengalami muntah-muntah.

Cirit-birit yang ketara.

Mata merah (konjunktivitis).

Ruam pada kulit.

Pening kepala yang keterlaluan.

Suhu badan naik/demam.




Nota: Virus Zika bukan hanya berbahaya terhadap ibu hamil, tetapi juga golongan dewasa.

Antara gejala Zika terhadap orang dewasa ialah:

- Virus Zika menyerang sistem saraf pesakit serta mengakibatkan berlaku radang/bengkak pada akar saraf tulang belakang.

- Akibatnya, pesakit akan mengalami sakit-sakit pada bahagian badan kerana gangguan pada otot telah berlaku. Kesan lemah dirasai pada bahagian kaki sebelum ianya merebak ke kawasan lengan dan otot wajah.

Gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas biasanya berlangsung selama 2-7 hari.


Langkah Pencegahan Terhadap Virus Zika

Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan melindungi diri dari gigitan nyamuk.

Bersihkan kawasan air yang bertakung.

Tutup semua tempat tadahan air.

Memakai seluar dan baju berlengan panjang.

Menggunakan kelambu semas tidur.

Menggunakan semburan penghalau serangga.

Elakkan membuka tingkap semasa waktu nyamuk Aedes aktif berterbangan iaitu pada awal pagi dan kektika senja.

Seboleh-bolehnya, elakkan berkunjung ke negara-negara yang dilanda Zika. 

Melakukan seks dengan perlindungan (kondom). Sekiranya, suami kepada wanita hamil didapati positif Zika, elakkan hubungan kelamin untuk melindungi kedua-dua wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. 


Rawatan 

Setakat ini, masih tiada ubat atau vaksin untuk Zika. Rawatan untuk pesakit Zika adalah dengan meredakan simptom-simptom Zika. Apa yang penting, semasa tempoh untuk pemulihan, pesakit hendaklah minum air yang secukupnya, dapatkan rehat serta meningkatkan imun badan.

Air yang mencukupi sangat diperlukan kerana pesakit kebiasaanya kehilangan air yang banyak melalui muntah atau cirit birit. Ini adalah untuk mengelakkan pesakit mengalami dehidrasi akibat kehilangan air yang banyak dari badan.

Jika anda perasan, gejala/simptom Zika lebih kurang sama dengan denggi. Tidak salah jika kita berusaha mengatasi Zika dengan mengamalkan saranan seperti di dalam video daripada Pakar Nutrisi Shaklee ni.




Antara Supplemen Yang Boleh Membantu

4. ESP


Nota : Klik pada supplemen untuk mengetahui bagaimana ianya berfungsi.



Zura harap kita semua dan ibu-ibu yang sedang hamil pada masa sekarang dilindungi dari virus Zika. Apa yang penting adalah mengambil langkah berjaga-jaga.

Bertindak segera dengan meningkatkan imun anda dan keluarga.

Hubungi Zura untuk mendapatkan supplemen seperti yang dicadangkan.

Atau jika anda nak membuat pesanan secara atas talian, anda boleh terus klik butang order dibawah dan nantikan supplemen tersebut datang kepada anda. Mudah kan?

Zura tinggalkan anda semua dengan doa semoga kita semua dilindungi daripada virus Zika. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan kita dengan meningkatkan sistem imun badan kita dan keluarga bermula dari sekarang.










Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE 


Read More

Landmark Study Membongkar Rahsia Adakah Supplemen Shaklee Selamat Dan Berkesan


Banyak pengeluar produk kesihatan mendakwa produk masing-masing selamat dan berkesan. Kalau setakat cakap-cakap tanpa bukti, pengguna sekarang yang sudah semakin bijak membuat pilihan tentunya akan minta sesuatu yang lebih dari itu iaitu bukti. 

Disebabkan itulah Roger Barnet mahukan data/maklumat saintifik yang membuktikan bahawa supplemen Shaklee adalah terbaik berbanding jenama lain dan berkesan. 

Persoalannya, bagaimana caranya nak mendapatkan data/maklumat saintifik tersebut?

Teruskan pembacaan anda kerana di dalam entri ni Zura akan kongsikan bagaimana supplemen Shaklee dibuktikan keberkesanannya dan siapakah yang bertanggungjawab menjalankan study ni? Adakah Shaklee syok sendiri mengeluarkan data/maklumat tersebut?

Titik Pertama Landmark Study 

Roger Barnett telah meminta National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu sebuah badan yang menilai status kesihatan dan pemakanan orang dewasa & kanak-kanak di Amerika Syarikat untuk membuat kajian terhadap supplemen Shaklee.

NHANES bersetuju untuk melakukan kajian tersebut dan telah melantik Dr. Gladys Block dan beberapa rakan penyelidik beliau dari University of California, Berkeley untuk mengetuai kajian tersebut. Kalau anda nak tahu, Dr. Gladys Block ni adalah pakar epidemiologi terkenal di US




Bagaimana Kajian Dilakukan

3 kumpulan yang terdiri daripada 1000 orang di dalam setiap kumpulan telah dibahagikan:

A. Kumpulan yang tidak mengambil mana-mana supplemen.
B. Kumpulan yang mengambil supplemen jenama lain
C. Kumpulan yang mengambil supplemen Shaklee


Sepanjang menjalankan kajian ini, Dr. Gladys Block dan rakan penyelidiknya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap kajian yang mereka jalankan. Keputusan kajian akan tetap diterbitkan walaupun ianya tidak menyebelahi Shaklee. 

Anda semua mesti dah tak sabar untuk mengetahui keputusan kajian daripada Dr. Gladys Block dan rakan penyelidiknya kan?

Ok. Zura biarkan anda sendiri menilainya. :)













Tapi kan…eh ada tapi pulak…

Roger Barnett ni tetap tak berpuas hati dengan hasil keputusan tersebut. Beliau minta saintis dari 3rd party pula untuk membuat semakan (peer review) terhadap kesemua kajian yang telah dilakukan oleh kumpulan Dr. Gladys Block.

Tujuan semakan adalah:

- Untuk menyemak jika terdapat sebarang kajian yang tidak tepat.

Bagi tujuan semakan yang kedua, suka untuk Zura memetik kata-kata mantan Senior VP of Marketing Shaklee Corporation;

“I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be ‘peer reviewed’ nobody can argue with you regarding the merits of the data”.

Diharap entri ini dapat menjawab persoalan anda mengenai sejauh mana supplemen Shaklee adalah berkesan dan selamat digunakan.

Usah risau, kerana MISI Shaklee iaitu ALWAYS SAFE, ALWAYS WORKS, ALWAYS GREEN bukanlah cakap-cakap kosong semata-mata. Shaklee sanggup melaburkan  sejumlah US $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Tidak semua supplemen dicipta sama. 

Ianya terpulang kepada anda untuk melakukan pilihan BIJAK!

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, hubungi Zura di 016-800 4628 kerana Zura sedia membantu anda :)


FB Lin Chalo
Buku Panduan Nutrisi


Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE
Read More

Tips Penjagaan Kesihatan Jemaah Haji, Elak Daripada Jangkitan Pneumonia


Dianggarkan lebih kurang 2 juta jemaah haji akan melaksanakan ibadat haji saban tahun termasuklah jemaah haji dari Malaysia. Percampuran jutaan manusia di satu tempat boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit di kalangan jemaah haji.  Khas buat semua bakal jemaah haji, Zura nak kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia semasa menunaikan haji.




Risiko Jangkitan Penyakit.

Jemaah haji terdedah kepada pelbagai risiko penyakit seperti strok haba, meningococal meningitis ataupun jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia serta tuberculosis (tibi)

Di antara penyakit yang Zura sebutkan di atas, masalah utama yang dialami jemaah haji adalah pneumonia kerana ianya mencatatkan jumlah kes kemasukan ke hospital yang tertinggi jika dibandingkan penyakit lain.

Sebelum Zura kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pneumonia terlebih dahulu.

Apakah Pneumonia?

Pneumonia adalah inflamasi (radang) pada paru-paru. Ia terjadi kerana alveoli dipenuhi sel radang. Pneumonia biasanya berlaku akibat virus dan jangkitan kuman bakteria atau disebabkan oleh parasit/kulat.





Gejala/Simptom Seseorang Mengidap Pneumonia

Batuk dengan kahak berwarna kekuningan atau kehijauan.

Demam panas diikuti menggigil.

Sesak nafas.

Sakit di bahagian dada semasa menarik nafas

Mengalami ‘pleuritic chest pain’ iaitu sakit seolah ditusuk sesuatu yang tajam pada dada.

Batuk didapati berdarah.

Berpeluh.

Kesakitan di sendi dan otot.

Bagi pesakit yang dijangkiti Streptococus Pneumoniae, kahak mereka didapati berwarna seperti karat.


Tanda Serangan Pneumonia

Kebiasaanya, tanda seeorang itu diserang pneumonia adalah apabila pihak pengamal perubatan yang memeriksa mendapati pesakit mengalami demam (suhu badan melebihi 37.7C) dan denyut nadi didapati melebihi 100/minit.

Tanda Sistemik

Demam panas

Menggigil

Pening kepala 

Tiada selera untuk makan.


Langkah Mencegah Jangkitan Pneumonia

1. Suntikan vaksin.
Kerajaan Malaysia hanya menyediakan suntikan vaksin meningococal secara percuma buat semua jemaah haji buat masa sekarang. Justeru itu, sebelum berangkat ke tanah suci, para jemaah haji juga disarankan mengambil suntikan vaksin pneumococcal bagi mengelakkan dijangkiti penyakit yang disebabkan streptococus pneumoniae. Disamping itu, vaksin yang juga digalakkan untuk diambil adalah suntikan vaksin influenza.

2. Menjaga kebersihan.
Para jemaah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri serta memastikan tangan sentiasa bersih, memakai topeng muka dan menutup mulut dengan tisu semasa batuk/bersin.

3. Menjaga jarak sosial.
Seboleh-bolehnya, elakkan bercampur atau berada dekat dengan jemaah haji yang sakit.

4. Sentiasa menjaga kesihatan dengan meningkatkan imun tubuh.
Amalkan meminum air secukupnya. Selain itu, para jemaah digalakkan mengamalkan pengambilan supplemen untuk membantu meningkatkan imun tubuh jemaah sebagai ikhtiar supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.

5. Membawa ubat yang telah dipreskripsi doktor.
Bagi para jemaah yang sedia mengalami penyakit seperti asma, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan sebagainya, ubat-ubatan hendaklah dibawa secukupnya.  Ini adalah kerana Zura difahamkan bahawa harga ubatan di sana agak mahal.


Bagaimana Supplemen Membantu Jemaah Haji Meningkatkan Antibodi.

1.Nutriferon
Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.

Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan mendorong penghasilan antibodi.

2.Performance Drinks
Performance Drink sangat-sangat disarankan dalam keadaan cuaca panas kerana badan para jemaah haji memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair semasa berpeluh dengan banyak .

Selain itu, ia juga boleh membantu menjaga kestabilan bendalir di dalam badan untuk mencegah dehidrasi dan baik untuk sistem neuromotor kita (tindak balas saraf & otot).

3.Ostematrix.
Untuk kesihatan tulang. Selain itu, Ostematrix membantu melegakan saraf dan membantu jemaah haji mendapatkan tidur yang berkualiti serta bangun pagi dengan mudah.

4.Omega Guard.
Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru. Di samping itu, Omega Guard juga membantu mencairkan kahak semasa batuk.

5.SR Vita C
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu menguatkan sistem imun.


Jika anda atau ibu bapa anda bakal menunaikan haji, bolehla menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen-supplemen yang Zura bagitahu tadi. Semoga amal ibadah semua jemaah haji diterimaNya dan Zura doakan anda mendapat haji mabrur.











Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE 


Read More

Diet Untuk Kesuburan Pasangan Yang Berikhtiar Mendapatkan Cahaya Mata


Adalah menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Hari ni Zura nak kongsikan diet untuk meningkatkan kesuburan, khas buat anda yang sedang berikhtiar untuk hamil. Perlu diingat, usaha untuk meningkatkan kesuburan bukan terletak hanya di bahu pihak isteri ye. Para suami juga perlu memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan misi anda & isteri untuk mendapatkan zuriat :)




Faktor Yang Menyebabkan Kurang Subur

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kesuburan adalah seperti:-

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok & pengambilan minuman keras berlebihan.

Diet yang tidak seimbang/sihat.

Masalah berat badan samada terlalu kurus atau berlebihan berat badan.

Usia lanjut.

Tekanan.

Masalah organ reproduksi seperti rahim atau ovari.

Masalah sperma tidak mencukupi (oligospermia).

Tahukah anda, bahawa kajian terkini penyelidik daripada Universiti Harvard mendapati bahawa 80% penurunan dalam masalah kemandulan adalah disebabkan gaya hidup yang menitikberatkan diet untuk kesuburan.


Diet Untuk Kesuburan

Antara amalan diet untuk kesuburan adalah seperti:

Mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.

Mengelakkan makanan yang mengandungi lemak trans.

Mengambil makanan berasaskan tumbuhan secara seimbang dan sihat.

Mengamalkan makanan bersumber semulajadi.

Mengambil protein berasaskan tumbuhan.

Mengambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400mg asid folik dan 40-80mg zat besi sebagai persediaan untuk hamil.





Jom kita lihat makanan yang dikatakan membantu merangsang kesuburan pula.

Sayur bayam

Sayur kangkung

Strawberi

Susu dan yogurt

Tiram 

Buah-buahan sitrus seperti buah oren


Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang pemakanan seperti yang disarankan. Selain amalan pemakanan yang telah dikongsikan, anda harusla juga mengamalkan gaya hidup aktif dan mengelakkan tekanan. Ini adalah kerana tekanan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kesuburan merosot.

Insya Allah, Zura doakan usaha anda mendatangkan hasil walaupun ianya mungkin mengambil masa. Sementara menunggu kehadiran cahaya mata anda, nikmati saat berharga anda bersama pasangan.

Sehingga kita berjumpa lagi, nantikan entri seterusnya kerana Insha Allah Zura akan kongsikan mengenai makanan yang boleh menjejaskan kesuburan pula.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, hubungi Zura di 016-800 4628. Ingat, fast action fast result.



Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

Read More