Kisah Bagaimana Bekas Pesakit Kanser Paru-Paru Kembali Pulih. Apakah Rahsianya?


Assalamualaikum...

Hari ni Zura nak kongsikan mengenai kisah seorang bekas pesakit kanser paru-paru.. Kalau anda nak tahu, beliau juga adalah bekas pengacara NTV7 iaitu Encik Law Chu Hian. Jom kita ikuti pengalaman dan testimoni  beliau. 





“Kisah bagaimana saya jatuh cinta dengan Shaklee bermula dengan 10 biji Alfalfa dan saya amat berterima kasih kepada Master Andrew Pang upline yang telah memperkenalkan saya kepada produk Shaklee serta memberi saya peluang untuk membangunkan potensi dalaman saya dan untuk membantu mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan.


Detik Didiagnos Mengalami Kanser 

Saya bertemu dengan Shaklee satu tahun selepas kemoterapi saya. Ya, saya seorang survivor kanser. Pada awal Disember 2003, saya telah didiagnosis mengalami tumor paru-paru atau lebih spesifik dikatakan sebagai Tumor Germ-sel. Berita itu datang sebagai satu tamparan yang amat hebat kepada semua aspek kehidupan saya kerana saya tidak pernah menjangka yang saya akan didiagnosis sebagai pesakit kanser. Perkara yang paling mencabar sebagai seorang pesakit kanser adalah rawatan itu sendiri. Saya telah menjalani rejim kemoterapi selama tiga bulan.

Percayalah ia adalah mimpi ngeri. Perkara yang paling teruk adalah apabila saya muntah. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut saya dimuntahkan dalam masa yang singkat dan trauma tersebut sering berakhir dengan muntah darah.

Sejak itu, saya menjadi vegan tulen (vegetarian), yang bermaksud dalam diet saya, TIADA daging, telur, susu, bawang putih (kecuali Complex Garlic Shaklee) dan tiada bawang. Sebelum saya bertemu dengan Shaklee, saya benar-benar kurus dan lesu, dan semua orang menasihati saya supaya tidak meneruskan diet sebagai vegetarian, tetapi dari pembacaan dan pengalaman peribadi saya bersama pesakit kanser yang lain, saya sedar bahawa menjadi vegetarian adalah terbaik untuk kesihatan saya, jadi saya meneruskan regim pemakanan tersebut walaupun keadaan saya tidak begitu memuaskan.


Bagaimana Segalanya Berubah Dengan Shaklee 

Segala-galanya berubah selepas Shaklee datang ke dalam hidup saya pada Julai tahun ini. Bukti terbaik adalah keputusan perubatan saya baru-baru ini. Selepas mengamalkan Shaklee selama 4 bulan, saya pun menjalani pemeriksaan kesihatan yang dijadualkan setiap enam bulan sekali. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa "laporan perubatan" saya adalah SEMPURNA!

Orang ramai sering menanyakan kepada saya "Apakah produk Shaklee yang anda ambil? Dan jawapan saya biasanya adalah “SEMUA"! Ianya adalah benar kerana segala-galanya daripada supplemen, penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan semua produk di dalam rumah, saya meng‘Shaklee’kan kehidupan saya.

Walau bagaimanapun, apabila saya mula-mula mengambil Shaklee, saya mengalami krisis pemulihan- saya batuk sehingga merasakan seolah-olah paru-paru saya seperti akan meletup! Dengan kepercayaan dan keyakinan saya terhadap produk Shaklee dan sistem imunisasi saya sendiri, saya meneruskan pengambilan supplemen Shaklee. Sekarang, saya mula menikmati keseronokkan kebebasan dari segi masa, kesihatan dan kebebasan kewangan.

Sekali lagi, saya amat berterima kasih kepada Dr Shaklee kerana memberikan yang terbaik kepada dunia dan memberikan saya peluang untuk benar-benar menikmati kebebasan di dalam kehidupan. Terima kasih, saya menyayangi anda, Dr Shaklee! Dan saya menyayangi kedua ibu bapa saya atas semua perkara terbaik yang telah mereka berikan sepanjang hidup saya.”












Bagaimana VIVIX Berfungsi Membantu Pesakit Kanser?


VIVIX berfungsi untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas serta memperbaiki DNA.

Memperbaiki DNA

Tubuh kita mengalami kerosakan DNA Setiap hari, antaranya disebabkan akibat radikal bebas yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. VIVIX membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

VIVIX sangat sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser seperti misalnya kimoterapi, bagi memperbaiki dan mengembalikan sel tubuh pesakit kanser kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. 

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan atau penyakit, semakin cepat sel tubuh kita akan kehilangan tenaga. Hal ini akan menurunkan fungsi sel. Di sinilah Vivix berperanan membantu menguatkan sel tubuh kita. 


Sekarang kita lihat pula bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia.

Cell Defence : Mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : Memberi tenaga kepada sel yang lemah.
Cell Repair : Membaiki sel yang telah rosak.
Cell Performance : Meningkatkan prestasi sel. 

Jadi, sekarang anda dah tahu bagaimana VIVIX berfungsi?

Saya tahu anda teruja mendengar perkongsian tadi.

Segeralah dapatkan VIVIX sekarang jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah kesihatan seperti di atas. 

Sungguh, ianya adalah pelaburan yang sangat berbaloi demi kesihatan anda sekeluarga

Salam Hormat




Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Read More

Cara Atasi Masalah Gout Dan Cara Mencegahnya Supaya Tidak Berulang


Apakah gout?

Gout adalah kesakitan di bahagian tendon atau sendi akibat dari radang/pembengkakan. Ia adalah salah satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi.

Kebiasaannya, ia menyerang ibu jari kaki, kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku.

Ia berlaku apabila terdapat asid urik berlebihan di dalam badan. Badan kita kebiasaannya membuang asid urik melalui pembuangan air kecil. Namun bagi penghidap gout, asid urik terkumpul di dalam sendi mereka kerana ianya tidak dikeluarkan melalui proses membuang air kencing.

Pesakit gout mengalami masalah meningkatnya paras asid urik atau masalah untuk menyingkirkan asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali.





Apakah gejala gout?

Lebih 75% daripada serangan kali pertama gout berlaku di ibu jari kaki.

Rasa sakit pada bahagian sendi yang berlaku secara tiba-tiba.

Sendi menjadi bengkak, dan terasa panas apabila disentuh.

Kulit di sekitar sendi yang terjejas berwarna kemerahan.

Serangan gout yang berulang-ulang, untuk tempoh yang lama boleh merosakkan sendi dan buah pinggang.





Cara Mencegah Gout

1. Kurangkan makanan berlemak serta makanan yang cenderung untuk meningkatkan tahap asid urik dalam badan seperti daging, sardin serta ikan bilis.

2. Hadkan pengambilan alkohol, kerana ia boleh mendatangkan serangan gout.

3. Kawal berat badan dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

4. Banyakkan pengambilan air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari untuk mengepam asid urik dari sistem perkumuhan dan membantu mengurangkan risiko batu karang.

5. Jalani ujian darah dan air kencing untuk menentukan tahap kesihatan anda sama ada berisiko diserang gout atau sebaliknya.


Rawatan Untuk Pesakit Gout.

Antara ubat-ubatan untuk merawat serangan gout adalah seperti:

1. NSAIDs ( ubatan anti radang BUKAN STEROID) seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB), naproxen sodium (Aleve) atau indomethacin (indocin).

- NSAID boleh menyebabkan risiko sakit perut, pendarahan mahupun ulser.

2. Pelega untuk mengurangkan sakit gout seperti Colchicine (Colcrys, Mitigare)

- Kesan sampingan ialah loya, muntah-muntah atau cirit-birit.

3. Kortikosteroid (prednisone) dipreskripsi untuk pesakit gout yang tidak boleh mengambil NSAID atau Colchicine.

- Kesan sampingan ialah berkemungkinan mengalami perubahan emosi, gula dalam darah meningkat atau hipertensi (tekanan darah tinggi).

4. Allopurinol (Aloprim, Lopurin, Zyloprim) dan Febuxostat (Uloric) yang membantu menghalang pengeluaran asid urik serta mengurangkan risiko gout.

- Kesan sampingan Allopurinol ialah ruam dan jumlah darah yang rendah manakala kesan Febuxostat adalah seperti ruam, loya serta mengurangkan fungsi hati.  

5. Probenecid (Probalan) membantu meningkatkan penyingkiran asid urik. Ianya mengurangkan tahap asid urik dan mengurangkan risiko gout. Namun, tahap asid urik di dalam urin anda (air kencing) bertambah.

- Kesan sampingan adalah seperti ruam, sakit perut atau batu karang.

Ada ke cara lain nak mengurangkan serangan gout?

ADA.

Nak tahu? Teruskan pembacaan anda kerana ianya sangat berbaloi!


Supplemen Untuk Gout

- Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir supaya tidak kekeringan atau terhidrat.

- Sangat baik untuk tindak balas saraf dan otot (sistem neuromotor) untuk pesakit gout.

- Membantu melegakan kesakitan arthristis/gout.

- Sifatnya yang beralkali membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid.


- Membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

- Membantu memelihara fungsi-fungsi sendi serta mencegah gout/arthritis dengan berkesan.

4. VIVIX.

- Ramuan VIVIX menggalakkan pembentukan baru penjana tenaga (mitochondria) untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

- Melindungi dan memperbaiki DNA daripada serangan radikal bebas.





Zura tinggalkan anda semua dengan satu testimoni bagaimana seorang pengidap gout selama 20 tahun berjaya mengurangkan simptom gout beliau dengan VIVIX.





Anda juga pasti boleh mengurangkan penderitaan anda menanggung kesakitan akibat gout.

Tunggu apa lagi? Dapatkan segera supplemen untuk gout hari ini juga!









Salam Hormat
Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

Read More

Tanda-Tanda Demam Denggi Dan Tips Mengatasinya Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Demam denggi adalah penyakit serius yang sedang melanda Malaysia. Menurut laman idengue, jumlah kes terkumpul demam denggi yang dilaporkan dari 3 Januari 2016 hingga 07 Feb 2016 adalah sebanyak 17,493 kes. Selangor mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tertinggi iaitu sebanyak 8,553 kes.




Apakah demam denggi?
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk betina Aedes egypti yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitannya. 4 jenis virus yang didapati boleh menyebabkan demam denggi adalah DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.

2 jenis demam denggi yang sering berlaku ialah demam denggi klasikal(biasa) dan demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah adalah sangat merbahaya kerana ia boleh mengundang maut kepada penghidapnya. 

Apakah tanda-tanda seseorang mengalami demam denggi?
Setelah seseorang digigit nyamuk Aedes betina, demam denggi mula berlaku apabila virus denggi memasuki dan beredar di dalam saluran darah mangsa. 

Diantara tanda-tanda seseorang itu mengalami demam denggi adalah seperti berikut – :
1. Demam.

2. Sakit di bahagian sendi dan otot.

3. Sakit di bahagian belakang mata.

4. Sakit kepala yang kronik.

5. Rasa mual, loya dan muntah.

6. Ruam.

7. Gusi berdarah (akibat daripada penurunan sel pembeku darah).




Cara Denggi Berjangkit
1. Nyamuk Aedes menggigit pesakit demam denggi.

2. Nyamuk Aedes membawa virus denggi di dalam badannya.

3. Nyamuk Aedes menggigit orang yang sihat.

4. Orang yang sihat kini dijangkiti demam denggi.



Apakah Langkah Untuk Mencegah Denggi?

Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk mengelakkan denggi daripada berlaku. 

Bukankan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati? 

Apakah langkah yang boleh kita lakukan?

1. Pastikan tiada air bertakung di sekeliling rumah untuk menghalang nyamuk daripada membiak. 

2. Seboleh-bolehnya kita hendaklah mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes yang selalu menggigit pada waktu pagi dan senja. 

3. Menutup pintu dan tingkap pada waktu nyamuk Aedes aktif berkeliaran iaitu pada waktu pagi dan senja

4. Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

5. Memasang ubat nyamuk/semburan aerosol.

6. Memastikan kediaman dan kawasan sekitarnya bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakkan nyamuk Aedes.

7. Tingkatkan tahap imun anda dan keluarga kerana biasanya, demam denggi bergantung kepada usia dan tahap imuniti seseorang. Jika sistem imun anda sekeluarga kuat, apabila digigit nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, risiko untuk dijangkiti denggi adalah rendah.

Untuk meningkatkan imun tubuh, Zura sangat menyarankan supaya anda mengamalkan Nutriferon sangat membantu meningkatkan sistem imun badan terutamanya kepada mereka yang kerap demam selsema dan mempunyai antibodi yang lemah.

Rawatan Untuk Demam Denggi

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, TIADA RAWATAN KHUSUS untuk demam denggi. Untuk meredakan demam, kebiasaannya ubat antipiretik akan diberikan kepada pesakit. 

Selain itu, cecair yang diberikan secara oral kepada pesakit adalah memadai untuk menggantikan air dalam badan pesakit yang hilang akibat demam kuat atau muntah-muntah yang dialami semasa serangan demam denggi.

Jom ketahui cara merawat demam denggi tanpa ubat dengan menonton video saranan daripada Pakar Nutrisi Shaklee.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.


Bagaimana Supplemen Membantu Mengurangkan/Mengatasi Gejala Demam Denggi

- Membantu mengelakkan cecair dalam badan dari hilang.
- Mengurangkan hidrasi.

- Menggalakkan penghasilan sel darah putih dalam badan yang berfungsi membunuh bakterti/virus denggi dalam badan.

- Mencegah virus denggi daripada menular.
- Menggalakkan penghasilan antibodi untuk mengenalpasti virus denggi dan bertindak menyingkirkannya daripada tubuh.

4.ESP.
- Membekalkan tenaga yang sangat diperlukan untuk proses pemulihan setelah demam.
- Sangat diperlukan untuk menggantikan semula vitamin/mineral/cecair dalam badan yang telah hilang (kebocoran dalaman) semasa demam.

Jom beriktiar segera dengan mendapatkan cadangan Set Untuk Atasi Demam Denggi seperti yang telah disarankan Pakar Nutrisi kami.

Jangan biarkan denggi meragut nyawa ahli keluarga anda.

Order sekarang.







Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE



Read More

Diserang Strok Berdarah Dan Otak Membengkak, Masih Adakah Harapan Untuk Sembuh?

Assalamualaikum...

Kali ni Zura nak kongsikan dengan pembaca semua testimoni seorang pesakit stroke berdarah. Sebagaimana yang pernah Zura kongsikan mengenai stroke atau angin ahmar sebelum ni, 2 jenis stroke yang utama ialah Stroke Iskemia dan Stroke Berdarah (Hemorrhagic Stroke).





DISEMBER 2015
TESTIMONI 50 : HAFZA AEIN  ( Kredit: SupermomShakleeStory)

.
Assalammualaikum..
Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.
Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX, pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.
I love Shaklee...
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan VIVIX.






Alhamdulillah...sekarang kita lihat pula betapa cerianya wajah suami kepada Puan Hafza Aein.






Zura sangat kagum dengan kecekalan dan semangat Puan Hafza yang kental dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyembuhkan suaminya. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT usaha beliau membuahkan hasil.

Semangat tidak berputus asa Puan Hafza wajar kita contohi dan patut dijadikan ikutan terutamanya buat keluarga pesakit stroke di luar sana. Jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa memohon kesembuhan untuk ahli keluarga kita yang mengalami stroke. 

InshaAllah, sesudah kesulitan, pasti ada kesenangan.

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami stroke dan ingin berikhtiar dengan VIVIX, Zura mohon anda segera bertindak mendapatkan VIVIX kerana pesakit stroke bertarung dengan MASA!

Tidakkah anda ingin melihat ahli keluarga anda yang mengalami stroke tersebut kembali sihat dan mengukirkan senyuman?

Bertindak sekarang dengan KLIK butang ORDER di bawah.





Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com



Read More

Testimoni Bekas Pesakit Bell's Palsy Atau Muka Kaku Dan Ikhtiar Pemulihannya


Assalamualaikum...

Jika pada entri sebelum ni Zura pernah menulis mengenai apakah penyakit Bell’s Palsy, kali ni Zura nak kongsikan kepada anda semua testimoni seorang bekas penghidap Bell’s Palsy. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Faiza Suhada kerana membenarkan saya berkongsi kisah beliau.

Jom ikuti pengalaman Puan Faiza Suhada yang saya petik dari FB beliau.




BILA SEBELAH MUKA KU KAKU @ BELL'S PALSY
Alhamdullilah
.
2 oct 2015
.
Saya bangun sebelah muka da jatuh
.
Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je
.
Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke
.
Saya di steroid
.
Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin
.
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..
.
Consume SPECIAL DOSE VIVIX
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn EXTREME
.
Saya juga menjalani fisioterapi
.
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
.
Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka
.
Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius ia MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2...

Memang benar, kebanyakkan penghidap Bell’s Palsy berasa kurang keyakinan diri akibat perubahan pada wajah yang mereka alami. Berat mata memandang, berat lagi perasaan yang terpaksa dipikul pesakit.

Pada saat sukar begini, sokongan moral ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu bapa, anak-anak dan keluarga sangat penting untuk memberi kekuatan dan semangat kepada pesakit Bell's Palsy.

Berikan mereka motivasi supaya mereka sentiasa bersemangat meneruskan rawatan demi untuk sembuh.

Selain rawatan mendapatkan rawatan doktor, Puan Faiza Suhada juga mengamalkan supplemen sebagai ikhtiar beliau untuk sembuh. Menurut beliau, antara supplemen yang beliau amalkan adalah:

SPECIAL DOSE VIVIX
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E

Bagaimana Supplemen Membantu Masalah Bell’s Palsy.

Jom ketahui bagaimana supplemen tersebut bertindak:

1.VIVIX.

- Bertindak sehingga ke peringkat sel dengan melindungi sel / DNA dari serangan radikal bebas punca kepada segala penyakit.
Dengan perlindungan daripada VIVIX hingga ke peringkat sel, InshaAllah badan kita berupaya melawan serangan penyakit.


- Asid lemak Omega 3 mempunyai sifat anti-radang yang kuat  boleh membantu mengurangkan keradangan dan bengkak di seluruh badan anda.

3. B - Complex.

-  Membantu melegakan tekanan serta memastikan kesihatan fungsi saraf yang sangat penting untuk penyembuhan pesakit Bell's Palsy kerana penyakit ini melibatkan saraf kranial (saraf pada muka)


- Membantu memperbaiki kitaran atau peredaran darah yang lancar pada pesakit Bell's Palsy.

Selain vitamin di atas, antara vitamin lain yang juga sesuai disarankan kepada pesakit Bell's Palsy adalah :

5. Garlic.
- Merupakan antibiotik semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi meningkatkan sistem imun tubuh serta menghalang penyakit berjangkit.


- Bioflavonoid di dalam Vita C Shaklee  mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam badan kita, membantu melegakan inflamasi/radang, menentang jangkitan akibat bakteria dan radikal bebas.



Ikuti pesanan Puan Faiza Suhada kepada pesakit Bell's Palsy sebelum saya mengakhiri entri saya.

"Assalammualaikum
Sekadar berkongsi experience yg diberikan.. saya tahu ramai yg sedang fight.. keep fighting and be strong... yakin korang bole kembali normal semula.. lambat atau cepat..
1.jumpa DR pakar untuk lebih detail
2.fisioterapi
3.amalkan makanan yang sihat dan ambil makanan tambahan serta gaya hidup sihat saya ambik shaklee sbg ikhtiar.
4.tawakal kepada Allah.
Sabar ye sahabat" - Puan Faiza Suhada.
Apa pula ikhtiar anda?
Bagi yang serius untuk mengembalikan semula wajah anda ke bentuk asal seperti sebelum diserang Bell's Palsy, dapatkan supplemen untuk Bell's Palsy dengan klik butang order di bawah sekarang







Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

Read More

Set Berpantang Terbaik Untuk Ibu Yang Melahirkan Bayi Kurang Enzim G6PD


Menjelang trimester akhir kehamilan, pastinya ibu hamil sibuk menyediakan persiapan menyambut orang baru. Rasanya pakaian bayi, kelengkapan mandi, tilam bantal bayi semuanya dah ready kan? Tinggal lagi ibu hamil nak memilih set berpantang apa yang nak digunakan setelah bersalin nanti.

Bercakap mengenai set berpantang, ada dikalangan bakal ibu yang buntu memikirkannya. Apa tidaknya, bagi ibu yang pernah melahirkan bayi yang mengalami masalah G6PD, mereka tidak disarankan mengambil sebarang jamu sepanjang tempoh berpantang. Jadi, apakah pilihan ibu-ibu yang mengalami masalah ini?

Sebelum Zura kongsikan berita baik iaitu set berpantang yang sesuai untuk masalah G6PD, jom kita ketahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan G6PD ni.




Apakah G6PD

G6PD ialah singkatan bagi nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsi enzim ini adalah melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Sel darah merah akan pecah apabila paras enzim G6PD ini rendah. Kekurangan enzim G6PD ini dapat diketahui melalui ujian darah. Bayi-bayi yang baru lahir di Malaysia kebiasaannya akan menjalani ujian saringan darah melalui tali pusat yang merangkumi ujian mengesan G6PD.

Faktor penyebab kekurangan G6PD

Kekurangan enzim ini berlaku adalah disebabkan keturunan. Kebanyakan bayi yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah bayi lelaki kerana kekurangan enzim ini ditentukan oleh kromosom X. Kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Tanda - tanda kekurangan G6PD

Bagi bayi baru lahir, pemerhatian tahap jaundis mereka perlu dipantau dengan teliti kerana mereka mungkin mengalami jaundis (bacaan bilirubin yang tinggi) kesan daripada hemolisis yang berlebihan.

Ibu-ibu digalakkan meneruskan penyusuan kepada bayi mereka yang mengalami kekurangan enzim G6PD namun mereka hendaklah memastikan tidak mengambil ubatan tertentu supaya bayi anda tidak terjejas.

Ubat-ubatan atau Bahan-bahan Yang Boleh Mencetuskan Hemolisis

Di antara makanan/herba yang mesti dielakkan

Kacang parang
Ubat tradisi kaum Cina seperti Chuen Lin, San Chi dan 
Ubat tradisi lain.
Ubat-ubat tradisional.
Jamu

Kacang parang 


Bahan-bahan lain yang mesti dielakkan

Ubat gegat
Ubat nyamuk dengan kandungan pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan:
Acetanilide
Doxorubicin
Furazolidene
Methylene Blue
Nalidixic acid
Niridazole
Nitrofurantoin
Phenozopyridine
Primaquine
Sulfamethoxazole
Bactrim

Ubat yang boleh diambil dalam dos terapeutik

Paracetamol
Ascorbic acid
Aspirin
Chloramphenicol
Chloroquine
Colchicine
Diphenhydramine
Isoniazid
Phenacetin
Phenylbutazone
Phenytoin
Probenecid
Procainamide
Pyrimethamine
Quinidine
Streptomycin
Sulfisoxazole
Trimethoprim
Tripelennamine
Vitamin K
Mefloquine


Set Berpantang Untuk Bayi Yang Mengalami Kekurangan Enzim G6PD

Zura sendiri berpengalaman mendapat 2 orang ibu yang mengalami masalah di mana anak mereka didiagnos mengalami kekurangan enzim G6PD setelah lahir. Ibu yang mana tak risau dengan keaadaan ini. Sudah tentulah mereka tidak mahu mengambil risiko mengambil jamu semasa tempoh berpantang.

Antara supplemen yang Zura cadangkan untuk kedua-dua ibu tersebut ialah:

1. ESP.

2. Vitalea.



5. Zinc Complex

6. Ostematrix


Jadi kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang mengalami masalah bayi yang dilahirkan kekurangan enzim G6PD, anda bolehla mendapatkan supplemen-supplemen tersebut daripada Zura :)

InshaAllah Zura sedia membantu anda dengan konsultasi terbaik dan panduan pengambilan vitamin yang betul. Usah risau dengan cadangan supplemen tersebut kerana Zura sendiri telah berpeluang bertanya mengenai pengambilan supplemen tersebut dengan pakar nutrisi iaitu Cik Tracy. 

Beliau menyatakan cadangan supplemen-supplemen tersebut adalah memang diperlukan untuk ibu berpantang dengan bayi G6PD.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu hamil yang sedang menunggu masa untuk bersalin.

Zura doakan semoga anda dan bayi sihat hendaknya dan dipermudahkan segala urusan.

Oh ya.. Jika anda rasakan artikel ini memberi manfaat kepada ahli keluarga atau rakan anda yang mengalami masalah G6PD, silalah kongsikan artikel ini kepada mereka :)

Jika anda ingin mendapatkan sendiri supplemen-supplemen tersebut, anda boleh klik butang order di bawah ni ya..

Sehingga kita bertemu lagi. InshaAllah...








Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More