Landmark Study Membongkar Rahsia Adakah Supplemen Shaklee Selamat Dan Berkesan


Banyak pengeluar produk kesihatan mendakwa produk masing-masing selamat dan berkesan. Kalau setakat cakap-cakap tanpa bukti, pengguna sekarang yang sudah semakin bijak membuat pilihan tentunya akan minta sesuatu yang lebih dari itu iaitu bukti. 

Disebabkan itulah Roger Barnet mahukan data/maklumat saintifik yang membuktikan bahawa supplemen Shaklee adalah terbaik berbanding jenama lain dan berkesan. 

Persoalannya, bagaimana caranya nak mendapatkan data/maklumat saintifik tersebut?

Teruskan pembacaan anda kerana di dalam entri ni Zura akan kongsikan bagaimana supplemen Shaklee dibuktikan keberkesanannya dan siapakah yang bertanggungjawab menjalankan study ni? Adakah Shaklee syok sendiri mengeluarkan data/maklumat tersebut?

Titik Pertama Landmark Study 

Roger Barnett telah meminta National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu sebuah badan yang menilai status kesihatan dan pemakanan orang dewasa & kanak-kanak di Amerika Syarikat untuk membuat kajian terhadap supplemen Shaklee.

NHANES bersetuju untuk melakukan kajian tersebut dan telah melantik Dr. Gladys Block dan beberapa rakan penyelidik beliau dari University of California, Berkeley untuk mengetuai kajian tersebut. Kalau anda nak tahu, Dr. Gladys Block ni adalah pakar epidemiologi terkenal di US




Bagaimana Kajian Dilakukan

3 kumpulan yang terdiri daripada 1000 orang di dalam setiap kumpulan telah dibahagikan:

A. Kumpulan yang tidak mengambil mana-mana supplemen.
B. Kumpulan yang mengambil supplemen jenama lain
C. Kumpulan yang mengambil supplemen Shaklee


Sepanjang menjalankan kajian ini, Dr. Gladys Block dan rakan penyelidiknya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap kajian yang mereka jalankan. Keputusan kajian akan tetap diterbitkan walaupun ianya tidak menyebelahi Shaklee. 

Anda semua mesti dah tak sabar untuk mengetahui keputusan kajian daripada Dr. Gladys Block dan rakan penyelidiknya kan?

Ok. Zura biarkan anda sendiri menilainya. :)













Tapi kan…eh ada tapi pulak…

Roger Barnett ni tetap tak berpuas hati dengan hasil keputusan tersebut. Beliau minta saintis dari 3rd party pula untuk membuat semakan (peer review) terhadap kesemua kajian yang telah dilakukan oleh kumpulan Dr. Gladys Block.

Tujuan semakan adalah:

- Untuk menyemak jika terdapat sebarang kajian yang tidak tepat.

Bagi tujuan semakan yang kedua, suka untuk Zura memetik kata-kata mantan Senior VP of Marketing Shaklee Corporation;

“I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be ‘peer reviewed’ nobody can argue with you regarding the merits of the data”.

Diharap entri ini dapat menjawab persoalan anda mengenai sejauh mana supplemen Shaklee adalah berkesan dan selamat digunakan.

Usah risau, kerana MISI Shaklee iaitu ALWAYS SAFE, ALWAYS WORKS, ALWAYS GREEN bukanlah cakap-cakap kosong semata-mata. Shaklee sanggup melaburkan  sejumlah US $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Tidak semua supplemen dicipta sama. 

Ianya terpulang kepada anda untuk melakukan pilihan BIJAK!

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, hubungi Zura di 016-800 4628 kerana Zura sedia membantu anda :)


FB Lin Chalo
Buku Panduan Nutrisi


Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE
Read More

Tips Penjagaan Kesihatan Jemaah Haji, Elak Daripada Jangkitan Pneumonia


Dianggarkan lebih kurang 2 juta jemaah haji akan melaksanakan ibadat haji saban tahun termasuklah jemaah haji dari Malaysia. Percampuran jutaan manusia di satu tempat boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit di kalangan jemaah haji.  Khas buat semua bakal jemaah haji, Zura nak kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia semasa menunaikan haji.




Risiko Jangkitan Penyakit.

Jemaah haji terdedah kepada pelbagai risiko penyakit seperti strok haba, meningococal meningitis ataupun jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia serta tuberculosis (tibi)

Di antara penyakit yang Zura sebutkan di atas, masalah utama yang dialami jemaah haji adalah pneumonia kerana ianya mencatatkan jumlah kes kemasukan ke hospital yang tertinggi jika dibandingkan penyakit lain.

Sebelum Zura kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pneumonia terlebih dahulu.

Apakah Pneumonia?

Pneumonia adalah inflamasi (radang) pada paru-paru. Ia terjadi kerana alveoli dipenuhi sel radang. Pneumonia biasanya berlaku akibat virus dan jangkitan kuman bakteria atau disebabkan oleh parasit/kulat.





Gejala/Simptom Seseorang Mengidap Pneumonia

Batuk dengan kahak berwarna kekuningan atau kehijauan.

Demam panas diikuti menggigil.

Sesak nafas.

Sakit di bahagian dada semasa menarik nafas

Mengalami ‘pleuritic chest pain’ iaitu sakit seolah ditusuk sesuatu yang tajam pada dada.

Batuk didapati berdarah.

Berpeluh.

Kesakitan di sendi dan otot.

Bagi pesakit yang dijangkiti Streptococus Pneumoniae, kahak mereka didapati berwarna seperti karat.


Tanda Serangan Pneumonia

Kebiasaanya, tanda seeorang itu diserang pneumonia adalah apabila pihak pengamal perubatan yang memeriksa mendapati pesakit mengalami demam (suhu badan melebihi 37.7C) dan denyut nadi didapati melebihi 100/minit.

Tanda Sistemik

Demam panas

Menggigil

Pening kepala 

Tiada selera untuk makan.


Langkah Mencegah Jangkitan Pneumonia

1. Suntikan vaksin.
Kerajaan Malaysia hanya menyediakan suntikan vaksin meningococal secara percuma buat semua jemaah haji buat masa sekarang. Justeru itu, sebelum berangkat ke tanah suci, para jemaah haji juga disarankan mengambil suntikan vaksin pneumococcal bagi mengelakkan dijangkiti penyakit yang disebabkan streptococus pneumoniae. Disamping itu, vaksin yang juga digalakkan untuk diambil adalah suntikan vaksin influenza.

2. Menjaga kebersihan.
Para jemaah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri serta memastikan tangan sentiasa bersih, memakai topeng muka dan menutup mulut dengan tisu semasa batuk/bersin.

3. Menjaga jarak sosial.
Seboleh-bolehnya, elakkan bercampur atau berada dekat dengan jemaah haji yang sakit.

4. Sentiasa menjaga kesihatan dengan meningkatkan imun tubuh.
Amalkan meminum air secukupnya. Selain itu, para jemaah digalakkan mengamalkan pengambilan supplemen untuk membantu meningkatkan imun tubuh jemaah sebagai ikhtiar supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.

5. Membawa ubat yang telah dipreskripsi doktor.
Bagi para jemaah yang sedia mengalami penyakit seperti asma, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan sebagainya, ubat-ubatan hendaklah dibawa secukupnya.  Ini adalah kerana Zura difahamkan bahawa harga ubatan di sana agak mahal.


Bagaimana Supplemen Membantu Jemaah Haji Meningkatkan Antibodi.

1.Nutriferon
Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.

Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan mendorong penghasilan antibodi.

2.Performance Drinks
Performance Drink sangat-sangat disarankan dalam keadaan cuaca panas kerana badan para jemaah haji memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair semasa berpeluh dengan banyak .

Selain itu, ia juga boleh membantu menjaga kestabilan bendalir di dalam badan untuk mencegah dehidrasi dan baik untuk sistem neuromotor kita (tindak balas saraf & otot).

3.Ostematrix.
Untuk kesihatan tulang. Selain itu, Ostematrix membantu melegakan saraf dan membantu jemaah haji mendapatkan tidur yang berkualiti serta bangun pagi dengan mudah.

4.Omega Guard.
Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru. Di samping itu, Omega Guard juga membantu mencairkan kahak semasa batuk.

5.SR Vita C
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu menguatkan sistem imun.


Jika anda atau ibu bapa anda bakal menunaikan haji, bolehla menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen-supplemen yang Zura bagitahu tadi. Semoga amal ibadah semua jemaah haji diterimaNya dan Zura doakan anda mendapat haji mabrur.











Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE 


Read More

Diet Untuk Kesuburan Pasangan Yang Berikhtiar Mendapatkan Cahaya Mata


Adalah menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Hari ni Zura nak kongsikan diet untuk meningkatkan kesuburan, khas buat anda yang sedang berikhtiar untuk hamil. Perlu diingat, usaha untuk meningkatkan kesuburan bukan terletak hanya di bahu pihak isteri ye. Para suami juga perlu memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan misi anda & isteri untuk mendapatkan zuriat :)




Faktor Yang Menyebabkan Kurang Subur

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kesuburan adalah seperti:-

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok & pengambilan minuman keras berlebihan.

Diet yang tidak seimbang/sihat.

Masalah berat badan samada terlalu kurus atau berlebihan berat badan.

Usia lanjut.

Tekanan.

Masalah organ reproduksi seperti rahim atau ovari.

Masalah sperma tidak mencukupi (oligospermia).

Tahukah anda, bahawa kajian terkini penyelidik daripada Universiti Harvard mendapati bahawa 80% penurunan dalam masalah kemandulan adalah disebabkan gaya hidup yang menitikberatkan diet untuk kesuburan.


Diet Untuk Kesuburan

Antara amalan diet untuk kesuburan adalah seperti:

Mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.

Mengelakkan makanan yang mengandungi lemak trans.

Mengambil makanan berasaskan tumbuhan secara seimbang dan sihat.

Mengamalkan makanan bersumber semulajadi.

Mengambil protein berasaskan tumbuhan.

Mengambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400mg asid folik dan 40-80mg zat besi sebagai persediaan untuk hamil.





Jom kita lihat makanan yang dikatakan membantu merangsang kesuburan pula.

Sayur bayam

Sayur kangkung

Strawberi

Susu dan yogurt

Tiram 

Buah-buahan sitrus seperti buah oren


Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang pemakanan seperti yang disarankan. Selain amalan pemakanan yang telah dikongsikan, anda harusla juga mengamalkan gaya hidup aktif dan mengelakkan tekanan. Ini adalah kerana tekanan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kesuburan merosot.

Insya Allah, Zura doakan usaha anda mendatangkan hasil walaupun ianya mungkin mengambil masa. Sementara menunggu kehadiran cahaya mata anda, nikmati saat berharga anda bersama pasangan.

Sehingga kita berjumpa lagi, nantikan entri seterusnya kerana Insha Allah Zura akan kongsikan mengenai makanan yang boleh menjejaskan kesuburan pula.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, hubungi Zura di 016-800 4628. Ingat, fast action fast result.



Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

Read More

Keguguran Di Awal Kehamilan : Apakah Yang Patut Saya Lakukan


Assalamualaikum...dah lama sangat rasanya Zura tak menulis kat blog kesayangan ni. Kali ni Zura nak cerita mengenai masalah keguguran di awal kehamilan. Agak kerap juga Zura menerima whatsapp dari pelanggan yang mengalami masalah keguguran di awal-awal kehamilan mereka.

Sebelum Zura menulis dengan lebih lanjut, jom ketahui apakah yang dikatakan sebagai keguguran di awal kehamilan?

Keguguran di awal kehamilan adalah keguguran yang berlaku sekitar 3 bulan kehamilan. Terdapat sebilangan wanita yang mengalami keguguran sebelum mereka mengetahui bahawa mereka sedang berbadan dua. Dianggarkan sebanyak 80% keguguran berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan.





Tanda-tanda Keguguran

  • Perdarahan yang banyak.
  • Kekejangan
  • Sakit di bahagian perut (abdomen) seakan-akan senggugut yang teruk.
  • Demam
  • Lemah
  • Sakit pinggang yang teramat.


Faktor Penyebab Keguguran Di Awal Kehamilan

Antara punca yang menyebabkan keguguran di awal kehamilan adalah disebabkan perkembangan embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Selain itu, ketidaknormalan kromosom juga mempengaruhi perkembangan bayi. Untuk perkembangan seperti yang sepatutnya, bayi memerlukan 23 kromosom masing-masing daripada ibu dan bapanya. Apabila ketidaknormalan kromosom berlaku, kehamilan terhenti pada peringkat embrio dan terjadilah proses keguguran.

Risiko keguguran juga lebih tinggi sekiranya seorang wanita pernah mengalami tiga atau lebih keguguran yang terdahulu.

Rawatan Setelah Keguguran

Pemeriksaan pelvik, ujian ultrasound dan ujian darah biasanya dilakukan untuk mengesahkan keguguran yang dialami. Tiada rawatan lanjut diperlukan jika rahim telah mengosong sepenuhnya. Jika tisu janin masih tertinggal di dalam rahim, proses D&C (dilation and curettage) akan dilakukan.

Alternatif kepada D&C ialah ubat yang diberikan untuk membantu anda mengeluarkan lebihan janin.

Berapa Lamakah Masa Diperlukan Untuk Kembali Hamil?

Walaupun telah mengalami keguguran, ini tidak bermakna anda mengalami masalah kesuburan. Terdapat kira-kira 85% wanita yang telah mengalami keguguran berjaya hamil dan melahirkan bayi yang sihat. Nasihat Zura kepada anda, sebelum mencuba untuk kembali hamil, pastikan anda telah sembuh sepenuhnya serta bersedia dari segi fizikal dan mental untuk kehamilan yang berikutnya.

Sesetengah doktor mencadangkan waktu yang sesuai untuk kembali hamil adalah sekurang-kurangnya setelah 3 kali didatangi haid ( 3 bulan kitaran haid). Namun, usah risau jika anda didapati hamil lebih awal daripada tempoh tersebut.. Terdapat pelanggan Zura yang mengalami situasi tersebut dan Alhamdulillah, kehamilan beliau berjalan lancar sehingga selamat melahirkan bayi perempuan yang comel.


Supplemen Yang Sesuai Untuk Wanita Keguguran

Biasanya, Zura mencadangkan supplemen untuk berpantang kepada pelanggan Zura yang mengalami keguguran.

Supplemen yang dicadangkan adalah seperti 
ESP,
Vitalea,
B. Complex,
SR Vita C
Ostematrix dan 
GLA Complex

Zura mencadangkan GLA Complex kerana ia bertujuan untuk membetulkan semula hormon yang terganggu serta untuk meningkatkan kesuburan.

Untuk fungsi supplemen berpantang seleppas keguguran seperti ESP, Vitalea, B. Complex, SR Vita C dan Ostematrix, anda boleh mengetahui fungsi-fungsi supplemen tersebut DI SINI.

Akhir kata, semoga anda diberi kekuatan untuk menghadapi ujian keguguran di awal kehamilan ini dan berjaya hamil satu hari kelak. 

Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen untuk keguguran atau anda boleh menempah dengan klik butang order di bawah ini.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.












Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;
Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 
Read More