Tips Memaksimumkan Keuntungan Di Dalam Perniagaan Agar Ia Dapat Dikembangkan

Memaksimumkan keuntungan Dalam perniagaan

Dalam bidang perniagaan, seboleh mungkin semua usahawan inginkan keuntungan. Dengan ilmu perniagaan yang mantap, pastinya keuntungan maksima dapat diperolehi.

Dalam bisnes Shaklee, semakin banyak perkongsian tentang manfaat produk kepada prospek, semakin besar peluang untuk menjana pendapatan melalui jualan yang dihasilkan.



Selain dari untung retail, antara manfaat lain yang pengedar berkelayakkan berpeluang untuk dapat ialah bonus daripada Shaklee, car subsidy programme, trip melancong percuma dan leadership bonus atau bonus kepimpinan.

Di dalam mana-mana bisnes sekalipun, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Sebab itulah digalakkan mengasingkan akaun peribadi dengan akaun bisnes. Supaya kita tidak pecah amanah dengan menggunakan wang bisnes untuk kepentingan peribadi.

Untuk memaksimakan keuntungan pula, kita bolehla menggunakan pelbagai platform sedia ada seperti youtube, IG, FB, telegram, whatsapp ataupun berkongsi secara offline mengenai produk yang dijual.

Yang paling penting, untuk peringatan diri Zura sendiri, anak-anak didik Zura dan semua rakan-rakan bisnes, jika nak untung yang banyak dalam bisnes, jangan sampai menzalimi diri sendiri dan orang lain. Bersaing secara sihat. Itulah yang terbaik.

Di dalam rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain. Infakkan atau keluarkan zakat sebahagian daripada hasil keuntungan tersebut.

InshaAllah Allah pasti menggandakan rezeki yang telah dikeluarkan pada jalanNya.


Read More

Mengapa Graduan Lepasan Universiti Kena Mula Berniaga Bermula Dari Sekarang


Ayat biasa yang kita dengar sedari kita kecil ialah.."belajar rajin-rajin sampai universiti, dah tamat belajar universiti nanti, dapat kerja berpangkat tinggi dan gaji pun besar". Kita pun angguk² kepala sambil berazam nak belajar rajin hingga ke universiti & dapat kerja berpangkat & bergaji besar. Hakikatnya, pada zaman sekarang, berapa ramai lepasan universiti yang masih belum berpeluang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta setelah menamatkan pengajian mereka. Beberapa sebab telah dikenalpasti mengapa graduan lepasan universiti kena mula berniaga dari sekarang.

Pesanan "belajar rajin-rajin sampai universiti, dah tamat belajar universiti nanti, dapat kerja berpangkat tinggi dan gaji pun besar" memang bagus. Cuma, sekarang ni kita perlu juga menukar sedikit mind set kita supaya tidak terlalu terikat untuk bekerja makan gaji.

Mengapa??

Sebab, pada zaman sekarang, berapa ramai graduan yang masih menganggur? Sampai bila nak menunggu hingga dapat kerja di sektor kerajaan? Sedangkan baru je habis belajar, kebanyakkan pelajar zaman sekarang dah pun terikat dengan komitmen dengan PTPTN.

Bagaimana nak membayar pinjaman PTPTN jika masih belum mempunyai pendapatan??? 




Life must goes on dik....mari akak share peluang yang ada yang boleh adik rebut.

9 Daripada 10 Rezeki Datangnya Dari Perniagaan.

Ya...sementara menunggu kerja yang bersesesuaian dengan kelulusan adik-adik, tak salah jika adik memulakan langkah untuk berniaga. Sebagai permulaan untuk berniaga, carilah perniagaan yang tidak memerlukan

*modal yang besar.

*kedai fizikal.





Apa yang penting ialah modal diri sendiri. Bagaimana modal diri sendiri tu?

Semuanya bermula dengan kemahuan & kesungguhan adik-adik. 

Sejauh mana adik nak ubah nasib adik dan keluarga.

Sejauh mana adik sanggup keluar dari comfort zone.

Itulah antara modal diri sendiri.


Tips Untuk Yang Nak Memulakan Perniagaan

Sekarang ni, terlalu banyakkkk peluang perniagaan bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Nak memilih jenis perniagaan apa pun pening. Jangan tersalah langkah dik! Hati-hati dengan SKIM CEPAT KAYA & CEPAT LINGKUP.

Bagi yang tiada modal untuk berniaga, boleh bermula dengan dropship. Bagi yang ada modal bawah RM100, adik bolehla hubungi akak supaya akak dapat guide adik dengan peluang perniagaan bersama dengan Shaklee.

Jangan tak tau, selain daripada makan supplemen Shaklee, korang pun boleh jana income dari rumah juga. Jika anda benar-benar serius ingin menjana pendapatan bersama Shaklee, hubungi Zura untuk tindakan selanjutnya.







Mentor Bisnes Anda

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

Read More

Tips Untuk Meningkatkan Sistem Imun Supaya Tidak Mudah Dijangkiti Penyakit


Pada masa kini, kita banyak terdedah kepada tekanan samada emosi (harga minyak naik 😢, stress di pejabat dll), tekanan fizikal dan alam sekitar. Belum lagi ditambah dengan serangan radikal bebas. Apabila badan dan minda dalam keadaan tertekan ditambah dengan sistem imun badan yang lemah, itulah antara sebab mengapa seseorang  itu mudah atau kerap dijangkiti penyakit. Jadi hari ni Zura nak kongsikan tips untuk meningkatkan sistem imun anda supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.




Sistem imun kita bertanggungjawab untuk memastikan seluruh badan kita sihat dan bebas daripada penyakit & jangkitan. Barisan pertahanan (sistem imun) atau 'askar' di dalam badan kita ni terdiri dari 3 lapisan. Dan pada tiap-tiap lapisan tu, ada askar yang pakar dalam bidang masing-masing.

So Zura nak sentuh tentang #firstlinedefence iaitu lapisan pertahanan pertama badan terlebih dahulu.

Lapisan pertahanan pertama badan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid gastrik yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap dan membunuh kuman daripada memasuki badan anda.

Nutrisi Diperlukan Untuk Lapisan Pertahanan Pertama

1.Vitamin dan mineral menyediakan nutrien yang lengkap untuk fungsi yang optimum semua organ-organ sistem imun.

* Supplemen cadangan = Vitalea

2. Omega 3 berperanan untuk membantu kita mendapat kekuatan imun yang optimum serta membantu mengurangkan keradangan.

* Supplemen cadangan= Omega Guard

3. Protein - menguatkan struktur kulit, meningkatkan pengeluaran air liur, penting untuk sel darah putih dan interferon.

*Supplemen cadangan = ESP

Jika anda nak meningkatkan lapisan pertahanan (imun) pertama, anda bolehla mengamalkan supplemen multivitamin vitalea, omega guard & ESP.





Lapisan pertahanan kedua terdiri daripada;

>Sel darah putih ya merembes bahan kimia untuk membunuh bakteria.

>Makrofaj berfungsi menelan bakteria dan memusnahkannya.

>Sel pembunuh semulajadi yang berfungsi mengenalpasti sel yang rosak contohnya seperti sel kanser.

Nutrisi Yang Diperlukan Untuk Lapisan Pertahanan Kedua

1. Pumpkin Seeds, Plantago Seeds, Safflower Flower, Japanese Honey Suckle secara semulajadi meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada tahap sel.

* Supplemen cadangan: Nutriferon

2. Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih.

* Supplemen cadangan : Carotomax

3.Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat yang membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

* Supplemen cadangan : Garlic





Barisan pertahanan ketiga ni mestilah cukup kuat untuk melawan kuman yang palinggg kuat.

Agaknya supplemen apa yang paling power yang boleh melawan kuman palingg kuat? Haa...kalau nak tahu teruskan membaca ya... 😊

Lapisan pertahanan ketiga bertindak balas secara spesifik pada jenis kuman dan menghafalnya. Seperti Zura bagitau sebelum ni, lapisan pertahanan ketiga ni mestilah cukup kuat untuk melawan kuman yang paling kuat.

Jika pada masa yang akan datang kuman tersebut menyerang badan anda, lapisan pertahanan ini akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas ini kebiasaannya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel anda. Untuk membaiki sel-sel anda, sel-sel anda memerlukan resveratrol dan polifenol untuk pemulihan sel-sel yang lebih cepat.

Bila disebut tentang resveratrol dan polifenol, sudah tentulah supervitamin yang mampu melawan kuman yang paling kuat adalah tak lain dan tak bukan adalah VIVIX. Anda pasti masih ingat bahawa antara salah satu fungsi VIVIX ialah untuk melindungi dan repair DNA kita.

Jadi, untuk menguatkan sistem pertahanan ketiga anda supplemen cadangan diperlukan adalah VIVIX.




So..tunggu apa lagi?

Jom tingkatkan imun anda seisi keluarga daripada serangan kuman/radikal bebas & sekutu mereka.

Hubungi Zura untuk mendapatkan supplemen #firstlinedefence, #secondlinedefence dan VIVIX.

Its my pleasure to help you ☺















Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

Read More