7 Sebab Mengapa Trip Antarabangsa Shaklee Sangat Terbaik Kepada Pengedarnya


Baru-baru ni, Shaklee telah membawa pengedar-pengedar yang skor tiket trip Shaklee ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Bila melihat gambar keseronokkan mereka yang ke sana, alahai jelesnya hehhe.. Rasa berada bersama mereka kat sana pun iya juga bila lihat video live di FB mereka tu.

Okay, apa yang best sangat trip melancong bersama Shaklee ni? Jom baca sendiri pengalaman mereka ni. Lepas ni korang pasti setuju mengapa trip antarabangsa Shaklee sangat terbaik kepada pengedarnya.




1. Bukan acah-acah nak reward pengedarnya.

Insentif trip Shaklee ni, kalau bukan 5 star, memang tak sah! Penginapan di hotel hinggalah ke makanan, semuanya yang the BEST Shaklee bagi.

Antara hotel yang mereka duduk semasa di sana ialah Imperial Hotel Tokyo yang merupakan hotel mewah dan tertua di Jepun. Kalau korang nak tau, hotel ni biasanya tempat artis atau delegasi diplomatik kehormat duduk. 

Begitu hotnya hotel ni hinggakan ianya perlu ditempah 6 bulan lebih awal. Harga untuk satu malam penginapan ialah lebih kurang RM2000

Masuk bab makanan pula, katanya mereka ni asyik makan je. Hinggakan tak sempat nak lapar pun! Jika perjalanan ke satu-satu tempat agak lama, Shaklee akan sediakan snek.

Selain itu, antara dinner yang dihidangkan ialah fine-dining Japan ataupun Kaiseki Dinner yang merupakan hidangan paling top di restoran tradisional Jepun.

Satu kepala lebih kurang ¥15,000 hingga ¥40,000 iaitu kira-kira RM575 hingga RM1,535 seorang.

Beberapa kali juga mereka dihidangkan fine-dining ni.

Desert mereka macam mana? Adoiii…part ni paling malas nak cerita. Bukannya apa, terbakor sangat dah Zura ni heheh… Tapi tak nak terbakor sorang-sorang, nak ajak korang join sekali boleh dak?

Salah satu desert yang dijamu kat mereka ni ditabur emas. Apa? Tak caya? Eh betul la…Emas tulen lagi tu.. Alahaiii…

Jom la lihat macam mana rupanya desert yang ditabur emas nih.



Butir-butir halus itula taburan emas


2. Setiap hari dipenuhi dengan aktiviti.

Setiap hari mereka ni ada je aktiviti yang dibuat. Hari pertama sampai ke Jepun, terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Bermalam pula di Gero iaitu tempat Onsen paling best di Jepun.

Hari kedua:- 
Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu dibawa pula ke sebuah perkampungan Jepun iaitu Shirakawa-Go yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site.

Hari ketiga:-
Mereka dibawa ke satu-satunya Snow Wall yang ada kat dunia ni iaitu Tateyama Kurobe Alpine Route.

Hari keempat:-
Pergi ke ladang strawberry berdekatan Yamanashi: Ishihara Nojo. Katanya Shaklee minta ladang strawberry di sana untuk tanam khas strawberry tu kerana musim buah strawberry dah habis pada masa tu. Fuhh..sampai begitu sekali Shaklee ni kan?

Makan tengahari di restoran Ninja, check in hotel, malam tu pula mereka ada dinner istimewa bersama Dr Yasuhiko Kojima yang merupakan immunologist pertama yang menemui tentang Interferon.




Hari kelima
Dibawa pergi menikmati pemandangan bandar Tokyo. Lepas tu pergi pula ke pejabat Shaklee Jepun. Lepas lunch, pergi Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

Hari keenam
Jogging ringan di Hidiya Park berdepan Imperial Hotel Tokyo. 

Hari ketujuh
Seharian pergi ke Disneyland.

Hari kelapan
Check out hotel dan balik ke Malaysia.

Fuh penat jugak menaip aktiviti mereka dicampur perasaan teruja membaca pengalaman mereka ni. Yang pastinya trip bersama Shaklee memang terbaik dan tidak sama seperti MLM lain.


3. Tidak sekadar cop passport sahaja.

Kalau korang baca aktiviti dari hari pertama mereka sampai ke Jepun hingga hari ke 8, sahla trip bersama Shaklee bukan sekadar bagi tiket pulang balik dan check in hotel, lepas ikut suka nak buat apa…

Kita yang membaca ni je pun dah boleh rasa macam mana terisinya masa bila join trip bersama Shaklee ni.

4. Boleh bawa Anak-anak, Ibu/Bapa & Mertua

Shaklee membenarkan pengedar yang memenuhi syarat kelayakkan membawa bersama ahli keluarga bersama di dalam trip mereka. Kalau MLM lain, paling tidak pun cuma boleh bawa pasangan sahaja.

Eh ada ke pengedar yang bawa anak-anak, ibu/bapa & mertua? Kalau korang nak tahu, #iReachfounder bawa anak-anak, ibu/bapa & mertua bersama dalam trip ni.

Begitu family friendly nya Shaklee ni kerana bisnes ini bukan hanya sekadar aktiviti jual beli, tapi ianya juga tentang membina legasi.





5. Menghormati keperluan pengedar Muslim.

Shaklee sangat menjaga sensitiviti dan keperluan pengedar Muslim yang mengikuti trip mereka. Bukan saja disediakan makanan halal, ruang solat khas turut disediakan di tempat lawatan.

Selain itu, jadual waktu solat di setiap lokasi lawatan juga turut disediakan. Begitu sekali mereka jaga supaya setiap pengedar Muslim tidak tertinggal solat.

6. Mendidik Pengedar Menjadi Pengembara, Bukan Pelancong Biasa

“Be a traveller not a tourist”. Kata-kata yang selalu ditekankan oleh mentor kami. Malah Presiden Shaklee Malaysia pun menekankan perkara ni.

Di dalam trip ke Jepun ni, pengedar berpeluang merasai sendiri makanan tradisional tempatan. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi pakaian tradisional masyarakat Jepun juga iaitu Yukata.

Pakaian tersebut bukan hanya untuk sesi ambik gambar sahaja, malah mereka berjalan-jalan di old town Takayama & ke Shirakawa-Go dengan Yukata.

7. Peluang Mengikuti Trip Untuk Semua Pengedar.

Trip Shaklee bukan untuk pengedar pada rank tertentu sahaja seperti MLM lain. Peluang adalah sama rata kepada semua pengedar yang skor kelayakkan untuk mengikuti trip tersebut. 

Takde istilah upline boleh dapat lebih banyak tiket daripada downlines. Kalau downline lebih skor berbanding upline, sudah tentu downline tersebut akan dapat lagi banyak tiket berbanding uplinenya. Adil kan?

Okla dah cukup 7 sebab mengapa trip antarabangsa shaklee sangat terbaik berbanding MLM lain. Kalau anda juga berminat nak rebut peluang menyertai trip bersama Shaklee, jom sertai kami sekarang.

Kita sama-sama be a traveller :) 


Sumber: iReach



Salam Hormat






Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB 

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Mumtaz Dalam Peperiksaan, Bagaimana Pesakit Kanser Hodgkins Lymphoma Melakukannya?

Penyakit kanser berlaku apabila sel-sel di dalam badan mula berkembang di luar kawalan. Apabila sel yang berkembang tanpa kawalan lebih banyak daripada sel yang normal,  ini menyebabkan kesukaran kepada badan untuk berfungsi seperti yang sepatutnya.



Kanser limfoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Terdapat 2 jenis utama limfoma. Hodgkin limfoma (HL) dan non-Hodgkin limfoma (NHL). 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hodgkin limfoma, jom ketahui tentang sistem limfa. Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem imun yang membantu melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang lain. Ia juga membantu aliran cecair di dalam badan.

Sistem limfa terdiri terutamanya daripada sel-sel yang dipanggil limfosit, sejenis sel darah putih. 2 jenis utama limfosit ialah:

limfosit B (sel B): 
Sel-sel B yang menghasilkan protein dipanggil antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada kuman (bakteria dan virus).

T limfosit (sel T): 
Terdapat beberapa jenis sel T. Sesetengah sel T memusnahkan kuman atau sel-sel yang tidak normal dalam badan.

Sel-sel T yang lain pula membantu meningkatkan atau melambatkan aktiviti lain sel-sel sistem imun.

Hodgkin limfoma biasanya bermula dalam limfosit B.

Seterusnya, Zura nak ajak anda membaca kisah seorang survivor kanser Hodgkins Lymphoma stage 4.

Diceritakan oleh Puan Saadiah Arbain, ibu kepada pesakit.


"ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX. Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee.  Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.  Sakitnya semakin kerap. Kami bawa beliau ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor memeriksa ala kadar dan membekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu sakit akan datang semula.  Doktor tak dapat mengesan penyakit anak saya. Sampai satu masa doktor ambil darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. Doktor mengesahkan anak saya  mengalami jangkitan kuman dalam darah. Anak saya dijadualkan menjalani pembedahan kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kirinya.  Setelah beberapa hari mendapat keputusan, anak saya dirujuk ke HKL. Sampai di sana, kami terus ke Wad Pedriatik kanak-kanak.  Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memaklumkan bahawa anak saya mengidap penyakit kronik iaitu kanser Hodgkins Lymphoma tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.  Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50. Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL. Dia perlu menjalani rawatan kimoterapi dan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana dikhuatiri dijangkiti kuman.  
Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi pemeriksaan susulan. Yang menyedihkan saya pada masa itu ialah kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser tahap 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.  Setelah tempoh dua tahun, anak saya disahkan bebas dari kanser tersebut. Namun doktor menasihati agar kami menjaga pemakanannya kerana dikhuatiri penyakitnya akan berulang semula. Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi, satu perkara yang saya masih ingat sampai hari ni ialah apabila doktor menyuruhnya cuti setahun daripada belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya. Justeru itu, saya berusaha mencari supplemen untuk anak saya. Dari satu supplemen ke satu supplemen telah dicuba tetapi semua tidak serasi. Akhirnya saya ditemukan  dengan Vivix Shaklee. Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki tingkatan 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.  Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20.07.2016. Ianya merupakan satu berita yang sangat menggembirakan kami. Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yang tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz. Sekarang, anak saya boleh menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.  Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee".


Begitulah kisah inspirasi dari Puan Saadiah Arbain sekeluarga. Hati seorang ibu, takkan sanggup melihat anaknya menanggung derita menghidap kanser. Jika anak anda juga mengalami masalah kesihatan sebegini, Zura sarankan untuk berikhtiar dengan VIVIX.

Kesembuhan total adalah dari Allah Taala jua, kita berikhtiar sehabis baik.

Bagaimana VIVIX boleh membantu?

Resveratrol dalam VIVIX membantu menghalang sel kanser dari merebak dan menggalakan proses membunuh sel-sel yang tidak normal di dalam badan.

InshaAllah, kita berikhtiar, selebihnya serah kepada Allah sebaik-baik penyembuh. Jika anda nak berikhtiar dengan VIVIX, segera klik butang order di bawah ni. Zura sedia memberi konsultasi terbaik untuk anda.














Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB

Read More