Tips Jana Pendapatan Pasif Dari Rumah Secara Online Untuk Lepasan Universiti


Antara cabaran lepasan universiti masa kini ialah peluang pekerjaan yang terhad. Tambah memeningkan kepala ialah apabila pinjaman PTPTN perlu dilangsaikan selepas tamat pengajian. Mana nak cekau duit? Ok, mari akak leraikan kekusutan fikiran adik dengan tips jana pendapatan pasif dari rumah secara online untuk lepasan universiti.




Akak pasti adik ada smartphone kan? Daripada guna kuota internet tu untuk main game atau fb, ada baiknya adik buat bisnes online. Duit pun dapat, takde la pening mengenangkan hutang PTPTN tu. Silap-silap, adik boleh bagi duit belanja kat parents pulak.

Saya berminat nak tahu, bagaimana caranya?

Ok, dengan bermodalkan wang tak sampai pun RM100, adik dah boleh jadi pengedar sah Shaklee atau Shaklee Indipendent Distributor

Jangan terlibat dengan skim cepat lingkup ya dik! Kalau ada orang approach adik ajak bisnes hingga perlu mengeluarkan modal ribu riban, baik adik angkat kaki awal-awal.

Dengan Shaklee bukan setakat modalnya rendah, malah adik tak perlu nak simpan stok berlambak-lambak kat bawah katil. Semua stok, biar company yang simpan. Tugas adik hanyalah uruskan tempahan dari pelanggan, bila pelanggan bayar duit, adik buatla tempahan tersebut melalui shaklee2u. Penghantaran barang akan diuruskan oleh Shaklee. Mudah je kan? Ala-ala dropship gitu….





Apakah Yang Shaklee Tawarkan Kepada Pengedar? 

Selain produknya yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa semulajadi, Shaklee juga menawarkan pelan 3C kepada semua pengedar yang menepati kriteria.

Apakah pelan 3C tu?

1. CASH (wang tunai).

Apabila adik bergelar pengedar aktif dan layak menerima bonus, Shaklee akan mengkreditkan wang bergantung kepada peratusan bonus yang adik layak terima. Antara bonus(wang) yang ditawarkan ialah Bonus Kepimpinan, Bonus Peribadi dan Keuntungan Runcit.

2. CAR BONUS
Ini adalah program subsidi kereta. Yang menariknya tentang subsidi kereta ni ialah, Shaklee bukan bagi sebijik kereta lepas tu tiada dah subsidi kereta ni. Di Shaklee, bila pengedar dah layak dapat car bonus ni, selama dia bergelar pengedar tu la bonus kereta ni akan dikreditkan ke akaun mereka. Best ke best?

3.CONVENTIONS
Setiap tahun, pemimpin jualan yang berkelayakan akan mendapat keistimewaan menghadiri Konvensyen Shaklee yang diadakan di dalam mahupun di luar negara. 

Khabarnya, trip antarabangsa Shaklee adalah terbaik. Nak tahu lanjut, meh baca kat SINI


Berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee pun boleh dapat income.

Bagaimana Caranya Nak Berniaga Dengan Shaklee?

Bagi adik yang serius merebut peluang perniagaan untuk menjana pendapatan sementara tunggu tawaran kerja tu, bolehla hubungi akak Zura. InshaAllah akak bantu adik dari zero to hero/heroin :D

Jangan risau kerana kak Zura & keluarga besar Shaklee kami akan membantu anda dengan coaching secara berterusan melalui medium online atau offline.

Akak sendiri bermula dari zero masa mula-mula berniat untuk menjana income dengan Shaklee ni. Jika kami (SID) boleh melakukannya, adik pun boleh melakukannya, malah mungkin dengan lebih baik lagi.

Adik hanya perlu memberi peluang kepada diri sendiri dan PERCAYA KEPADA POTENSI DIRI.

Jika adik serius berminat untuk menyertai kami, jom hubungi kak Zura. It's my pleasure to help you :)






Salam Kejayaan



Mentor Bisnes Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB


Read More

Set Ibu Mengandung Shaklee Pilihan Terbaik Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan


Ibu-ibu yang sedang mengandung pastinya dah tak sabar nak memikul tanggungjawab sebagai ibu kan? Fasa kehamilan adalah satu fasa penting sebelum bayi anda dilahirkan. Zura yakin sangat bahawa ibu-ibu mestilah nakkan nutrien yang terbaik untuk bayi yang sedang dikandung tu.

Ibu-ibu takyah risau sebab Zura memang nak cerita tentang set ibu mengandung yang mempunyai khasiat nutrisi yang sempurna untuk ibu dan bayi. Disamping pemakanan seimbang, rehat mencukupi, supplemen semasa mengandung juga perlu diambil perhatian. 





Wajib ke nak ambil supplemen?

Haa…bagus soalan tu.

Meh Zura jawab ya…Supplemen adalah makanan tambahan yang diperlukan bagi menampung lompong-lompong zat yang kurang di dalam badan kita. 

Walaupun kita dah makan makanan yang berzat, kadang-kadang tanpa kita sedari, makanan (sayur/ikan,buah-buahan) yang kita ambil telah kehilangan zat. Contohnya ialah apabila makanan tersebut telah dimasak dalam tempoh masa tertentu, sedikit sebanyak zat akan menjadi kurang akibat pendedahan kepada haba atau kepanasan.

Belum lagi masuk bab revolusi pertanian sekarang ni dan penggunaan racun serangga pada tanaman (sayuran/buahan) yang menyebabkan nutrien pada makanan yang kita ambil menjadi susut.




Okay, sekarang Zura nak kenalkan ibu-ibu semua dengan supplemen-supplemen yang terdapat di dalam Set Hamil Shaklee.

ESP - tahan 1 ke 2 bulan

Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh manusia. Asid amino tersebut berfungsi untuk membina otot, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.

Membekalkan tenaga segera dan kekal untuk masa yang lama ( sangat sesuai untuk ibu hamil yang selalu letih dan lesu).

Meningkatkan sistem imun.

Vita-lea Iron Formula ( Multivitamin Zat besi) - tahan 4 bulan

Membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Agak-agak kalau kurang oksigen apa yang terjadi?

Melengkapkan nutrisi dan kaya zat besi, amat sesuai untuk ibu hamil yang mengalami anemia (low Hb)

Membantu menghasilkan pertumbuhan sel baru, membantu pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku serta hormon.

B. Complex ( Asid Folik) - tahan 4 bulan

Membantu melegakan tekanan, memastikan kesihatan sistem saraf dengan membantu melegakan sakit kepala, migrain, muntah-muntah atau mabuk laut/darat.

Juga membantu mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.

Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

Mengurangkan risiko kecacatan neural tube dan sangat penting untuk perkembangan fizikal saraf bayi dan sel-sel lain.

Ibu hamil memerlukan 1000mcg asid folik setiap hari.


Ostematrix ( kalsium) - tahan 2 bulan

Memperbaiki kekejangan (cramp), kebas-kebas, serta sakit sendi.

Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.

Meringankan stress, merupakan penenang bagi saraf serta membantu menggalakkan tidur yang selesa.

Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

Ibu hamil disarankan mengambil 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari. Pengambilan kalsium yang didapati mencukupi boleh mengelakkan masalah kekejangan semasa proses bersalin.


Vita-C - tahan 6 bulan

Membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang optimum.

Meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan simptom flu/selsema.

Membantu menyingkatkan waktu pemulihan terhadap penyakit.

Bonus : disamping menjaga kesihatan ibu hamil, SR vita-C juga boleh membantu mencantikkan kulit dengan mencerahkan kulit secara semulajadi :)


Omega Guard. (DHA) - tahan 1 ke 2 bulan

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan melegakan ketegangan di leher.

Membantu merendahkan kolesterol.

DHA adalah nutrien penting untuk otak, sistem saraf dan retina. Jika pengambilan DHA oleh ibu hamil adalah sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut sederhana/rendah.

Ibu hamil yang mengamalkan pengambilan supplemen DHA pula akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang lebih tinggi dalam otak mereka.


Bakal Ibu, Jadikan Kesihatan Anda Dan Bayi Keutamaan Pada Hari Ini.

Kesihatan ibu semasa hamil adalah sangat penting kerana bayi yang dikandung memerlukan nutrien yang secukupnya dan sihat daripada ibu. Peluang melahirkan bayi yang sihat juga meningkat apabila ibu mengambil berat tentang kesihatan dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.

Apa yang lebih penting, pemakanan yang berkhasiat sepanjang tempoh kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi semasa dilahirkan, meningkatkan perkembangan otak bayi dan meningkatkan peluang bayi mendapat berat badan yang normal semasa dilahirkan.

Sebelum Zura mengundur diri, Zura nak bagi kesimpulan kepada kelebihan set ibu mengandung Shaklee.


1. Protein pada ESP.
Menyokong perkembangan dan tumbesaran fetus. 

2.Folic Asid & Vitamin B
Mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan saraf tunjang atau spina bifida.

3.Kalsium (Ostematrix)
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Untuk ibu pula, ianya membantu mengelakkan kejang yang sering dialami ibu hamil.

4.Asid lemak Omega 3 (Omega Guard)
Membantu meningkatkan kesihatan otak dan penglihatan bayi.

5.Zat besi ( Vitalea)
Membantu pembentukan sel darah merah & mencegah anemia.

6.Vitamin C (SR Vita C)
Membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik dan meningkatkan imun.


Jangan ambil mudah kesihatan ibu sepanjang kehamilan ni ya. Bila ibu sihat, InshaAllah bayi yang dilahirkan pun sihat juga.

Dapatkan set ibu mengandung sekarang juga dengan klik butang ORDER atau hubungi Zura untuk mendapatkan set ibu mengandung.









Salam Hormat

Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB

Read More