Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya Walaupun Anda Seorang Introvert

Dianggap sebagai individu yang tidak suka bersosial atau agak pemalu, sebenarnya mereka yang introvert ni lebih bersemangat dan fokus apabila bersendirian berbanding apabila berada di khalayak ramai. Boleh ke seorang yang introvert menjadi usahawan berjaya? Ha..anda kena baca sampai habis artikel ni kerana Zura akan share kelebihan bagaimana menjadi usahawan berjaya walaupun anda seorang Introvert macam Zura :D



Rupanya, ramai juga usahawan hebat dan mereka yang terkenal adalah individu yang introvert. Antaranya ialah Bill Gates, Warren Buffet (kedua-duanya adalah individu terkaya di dunia), Einstein, J.K Rowling dan Mahatma Gandhi.


Bill Gates ushawan terkaya di dunia adalah seorang introvert


Apakah yang menyebabkan individu introvert begitu hebat dalam perniagaan? Mari kita lihat beberapa sifat introverts yang menyebabkan mereka berjaya dalam bidang perniagaan yang berdaya saing.

Kelebihan Introvert Yang Membuatkan Mereka Boleh Berjaya

1. Observant.

Anda yang introvert suka memerhati sekeliling anda. Anda belajar daripada pemerhatian tersebut, dan secara tak langsung dapat banyak ilmu melalui pemerhatian tersebut.

2. Banyak Berfikir

Bila selalu observe, secara tak langsung menjadikan anda seorang yang pemikir. Bila banyak berfikir, daripada situ datangnya perancangan anda. Masa bersendirian anda penuhi dengan merancang blueprint dan anda berusaha memastikan perancangan tersebut dilaksanakan.


3. Mempunyai network yang berkualiti.

Individu introvert tak ramai kawan, tapi percayalah, kawan-kawan anda adalah yang berkualiti. Maksud kualiti disini ialah anda kenal rapat dengan kawan-kawan anda dan perhubungan anda sangat erat.

Dalam bidang perniagaan, anda menjalin hubungan baik dengan pelanggan anda dan dari situ bisnes anda boleh berkembang bila wujudnya kepercayaan di antara anda dan pelanggan anda.

Hubungan peribadi anda yang baik sesama pelanggan sedia ada menyebabkan adanya promosi percuma mulut ke mulut tentang anda daripada pelanggan anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Kelebihannya ialah, jualan berulang akan sentiasa berlaku. Betul ke betul?


Tiada idea untuk menjalankan perniagaan apa?

Satu cadangan yang boleh Zura berikan ialah anda boleh membuat bisnes online. Individu introvert lebih mahir berkomunikasi melalui penulisan berbanding komunikasi secara lisan.



Kebaikan berniaga secara online ni ialah anda tak perlu nak bersemuka dengan orang begitu kerap. Tambahan pula, anda juga tak perlu nak sewa kedai fizikal. Berniaga secara maya kekdahnya..

Inila sebabnya Zura suka bisnes online Shaklee. Anda pun tau kan, modal yang banyak perlu dikeluarkan bila memulakan perniagaan yang memerlukan kita mempunyai kedai fizikal.

Bisnes online Shaklee ni pula, umpama anda menjalankan bisnes secara dropship. Bila anda dapat tempahan dari pelanggan, anda order tempahan tersebut melalui sistem online Shaklee2u, lepas tu Shaklee akan uruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Tempahan dilakukan secara atas talian (online) di laman Shaklee2u

Tips marketing atau pemasaran secara online melalui blog, fb dan ig Zura sedia bongkarkan khas untuk anda yang menyertai group Zura. Bukan itu saja, malah anda juga akan dimasukkan ke dalam group coaching khas melalui whatsapp.

Oh ya, sebelum Zura mengundur diri, suka untuk Zura kongsikan tips memilih group Shaklee yang betul untuk anda. Buatlah pilihan bijak.


Zura bersedia membantu anda. Bagaimana pula dengan anda? Dah bersedia memulakan perniagaan sendiri? Jika YA, hubungi Zura hari ni juga & selamat datang ke group kami :)



Bisnes Mentor Anda

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

Email : juaazura81@gmail.com





Read More

Cara semulajadi turunkan bacaan kreatinin dan selamatkan buah pinggang



Aliran darah anda mengangkut kreatinin ke buah pinggang dan badan anda menapisnya melalui urin. Apabila buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, bacaan kreatinin dalam darah anda akan meningkat. Ini boleh menyebabkan uremia yang boleh mengancam nyawa. Dialisis adalah rawatan biasa bagi masalah buah pinggang. Berbincang dengan doktor anda mengenai cara menurunkan bacaan kreatinin termasuk cara semulajadi turunkan bacaan kreatinin.




Cara terbaik untuk menurunkan tahap kreatinin anda adalah untuk merawat penyebab utama kreatinin meningkat. Di samping menjalani dialisis, anda juga boleh berikhtiar menurunkan kreatinin anda  melalui perubahan gaya hidup atau cara semulajadi seperti;

1. Kurangkan senaman intensif

Senaman sememangnya aktiviti yang baik untuk diamalkan. Namun, senaman berlebihan boleh meningkatkan kadar kreatinin anda. Memandangkan metabolisme otot menghasilkan kreatinin, otot yang terlalu banyak yang dihasilkan melalui aktiviti senaman yang berat boleh meningkatkan bacaan kreatinin.

Berbincang dengan doktor anda tentang jenis senaman yang sesuai anda lakukan. Anda boleh memilih berjalan berbanding berlari, atau melakukan yoga bukannya mengangkat berat. 

2. Elakkan mengambil suplemen yang mengandungi kreatinin 

Badan kita juga menghasilkan creatinin daripada asid amino pada hati dan buah pinggang. Selain daripada kreatinin semulajadi yang dihasilkan badan, kreatinin juga boleh didapati dalam bentuk suplemen oral. 

Sesetengah atlet menggunakan suplemen yang mengandungi kreatinin untuk membantu meningkatkan prestasi mereka semasa bersukan. 

Anda yang nak menurunkan tahap kreatinin tidak disarankan mengambil supplemen yang mengandungi creatine. 

3. Kurangkan pengambilan protein anda 

Kajian mendapati pengambilan makanan tinggi protein yang banyak dapat meningkatkan kadar kreatinin. 

Anda yang kerap mengambil makanan seperti daging merah atau sumber protein lain, termasuk produk tenusu, mungkin mempunyai tahap kreatinin yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang memakan makanan tersebut. 

Jika anda kerap makan daging, anda boleh beralih kepada lebih banyak hidangan makanan yang berasaskan sayuran. Cuba tukar burger daging kepada sayur-sayuran, sup sayur-sayuran yang hangat, atau sup lentil.

4. Makan lebih banyak serat 

Satu kajian menunjukkan penurunan ketara pada kadar kreatinin  pesakit buah pinggang kronik yang meningkatkan pengambilan serat mereka. 

Serat boleh didapati dalam banyak makanan, termasuk: 
- buah-buahan 
- sayur-sayuran 
- bijirin penuh 

5. Berbincang dengan doktor anda tentang berapa banyak cecair yang perlu anda minum dalam sehari.

Dehidrasi boleh meningkatkan tahap kreatinin. Pengambilan cecair juga boleh menjadi isu bagi sesetengah orang yang mengalami penyakit buah pinggang. Berbincang dengan doktor anda tentang berapa banyak air dan cecair lain yang anda boleh minum setiap hari dan waktu yang terbaik untuk meminumnya. 


Resveratrol dan polifenol tinggi antioksidan ini membantu mengurangkan tekanan oksidatif (oxidative stress) pada sel nephron buah pinggang. Hal ini membantu mengurangkan risiko kerosakan lebih serius kepada ginjal.

Selain itu, resveratrol juga berperanan mengurangkan penggumpalan platelet dalam ginjal.



Apa kata mereka yang telah merasai sendiri kesan mengambil sirap antioksidan ini.



Badan rasa ringan dan lebih bertenaga


Lebih bertenaga, kurang sakit badan dan boleh solat berjemaah di surau.



Paras creatinine turun dari 1189 ke 558. Paras gula, potassium dan kolesterol juga normal



Bacaan kreatinin turun daripada 1000 ke 100


Alhamdulillah, ahli keluarga mana pastinya orang yang gembira dengan perubahan positif yang dialami mereka yang telah mengamalkan sirap kaya antioksidan resveratrol dan polifenol ni.

Anda yang sedang berikhtiar menurunkan bacaan kreatinin juga boleh merasa sendiri efek positif macam ni.

Tempah sekarang dan rasai perbezaan tahap kesihatan anda sekarang.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.





Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com































































Read More

Tips Berhenti Merokok: Elak 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan anda.


Cubala tips berhenti merokok yang bakal Zura kongsikan. Berikut adalah 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ni. Kesan buruk ni belum lagi dicampur dengan penyakit lain yang sering dikaitkan dengan merokok. Jadi, tiada sebab untuk anda meneruskan tabiat merokok ini yang sah-sah menjejaskan diri anda dan orang sekitar anda. 



Sebelum tu jom baca lanjut…

1. Risiko Hilang Deria Penglihatan
Merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan malah meningkatkan risiko kemerosotan penglihatan yang berkaitan dengan usia iaitu penyebab utama kebutaan pada perokok yang berumur 65 tahun.

2. Kencing manis jenis 2.
Merokok menyumbang kepada diabetes jenis 2 dan meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit ini. Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti aliran darah yang lemah ke kaki dan tumit kaki. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan keperluan memotong anggota badan. Ya, anda boleh kehilangan kaki atau tumit kaki anda!

3. Fungsi Seksual Terjejas
Fungsi seksual lelaki menurun apabila anda merokok. Tembakau menyebabkan penyempitan saluran darah ke seluruh badan anda, termasuk ke kawasan yang membekalkan darah kepada zakar. 
Berita baik, berhenti merokok dan anda dapat rasai sendiri perbezaan yang ketara.

4. Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik adalah komplikasi yang mengancam nyawa di kalangan wanita yang merokok. Ia berlaku apabila implan telur disenyawakan di tempat lain selain rahim. Telur tidak dapat bertahan dan ia meletakkan nyawa ibu pada risiko yang serius.

5. Patah pinggang
Perokok kehilangan ketumpatan tulang pada kadar yang lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok. Risiko untuk cedera di bahagian pinggang amat besar.

6. Kanser usus
Merupakan punca kedua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat. Salah satu sebab kanser usus adalah disebabkan merokok. Ya merokok dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap kanser usus dan kematian akibat kanser jenis ini.

7. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah penyakit keradangan kronik yang biasa dihidapi oleh perokok wanita yang menjejaskan sendi di tangan dan kaki. Ia menyebabkan bengkak yang menyakitkan dan akhirnya mengakibatkan kehilangan tulang dan kecacatan sendi. 

8. Sumbing

Kecacatan kelahiran ini, berlaku apabila bibir atau mulut bayi tidak berkembang dengan baik semasa kehamilan. Wanita yang merokok semasa mengandung lebih cenderung melahirkan bayi sumbing.

9. Masalah Kesuburan
Perhatian kepada bakal ibu: Merokok boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil. Ia menyebabkan kesuburan merosot pada wanita dan juga boleh menyumbang kepada masalah-masalah lain semasa kehamilan.

10. Penyakit Gigi dan Gusi
Bukan sahaja kehilangan anggota badan, (rujuk poin # 2), anda juga berisiko kehilangan gigi akibat merokok. Merokok menyumbang kepada periodontis iaitu jangkitan gusi yang memusnahkan tulang yang menyokong gigi. Ini adalah punca utama kehilangan gigi pada orang dewasa.

Tips Berhenti Merokok

1. Tetapkan azam untuk berhenti merokok. Paling baik jika anda meletakkan tarikh sasaran bilakah anda bercadang untuk berhenti sepenuhnya menghisap rokok.

2. Dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat. Pasangan mana yang tak seronok dan teruja bila mengetahui hasrat anda untuk berhenti merokok kan? Pastinya mereka akan menyokong 1000% hasrat anda.

3. Belajar katakan TIDAK! Ya, belajar untuk menolak ajakan kawan-kawan yang mengajak anda kembali merokok.

4. Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anda boleh berhenti merokok.

5. Alihkan perhatian anda kepada aktiviti lain apabila datangnya keinginan untuk merokok.

6.Reward diri anda apabila target anda tercapai. Dengan cara ini, anda makin bermotivasi untuk meneruskan azam berhenti merokok.

Jom baca kisah mereka yang telah berhenti merokok setelah mengamalkan sirap antioksida Vivix.


Resveratrol membantu melindungi sel dari radikal bebas terutamanya dari rokok yang memudaratkan.


Kurang ketagihan merokok



Rokok rasa pahit macam hempudu setelah mengamalkan Vivix



100% bebas dari rokok

Boleh jadi anda juga berjaya mengikut jejak langkah mereka. Masih belum terlambat untuk anda berikhtiar untuk berhenti merokok.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.







Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)


Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Tips Melindungi DNA Anda Daripada Serangan Radikal Bebas Dengan Antioksidan




































Status kesihatan sel kita adalah sangat penting. Bila sel kita sihat, mereka akan berfungsi dengan efektif dan membantu kita menjalani gaya hidup yang sihat. Pendedahan kepada radikal bebas secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan kita. Jom Zura kongsikan tips melindungi DNA anda daripada serangan radikal bebas dengan antioksidan semulajadi.

Sel kita terdedah kepada pelbagai faktor yang menjejaskan kesihatan sel seperti;

Diet yang tidak seimbang
Tekanan
Tidur yang tidak mencukupi
Toksin akibat pencemaran alam sekitar

                   

Sel yang sihat boleh melindungi dan memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Namun, semakin usia kita meningkat, fungsi perlindungan ini semakin menurun. Kerosakkan akan bertambah hari demi hari disebabkan semakin banyak sel yang tidak mampu memperbaiki diri mereka.


Mengapa Penuaan Berlaku?

Terdapat 4 mekanisme utama penuaan selular.

1. Kerosakkan DNA

Radikal bebas boleh merosakkan sel DNA yang menyebabkan mutasi iaitu punca kepàda sel yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dan sel yang mati.

2. Kemerosotan penghasilan tenaga

Mitochondria adalah pembekal tenaga kepada sel kita. Semakin kita berusia, bilangan mitokondria semakin berkurangan. Inilah yang menyebabkan kita menjadi mudah lemah atau penat serta menyebabkan fungsi sendi semakin merosot, masalah jantung dan penyakit Alzheimers.

3. Keradangan

Punca utama yang menyebabkan keradangan ialah makanan tinggi lemak dan tinggi kalori. Lama kelamaan keradangan ini  mengganggu fungsi normal sel hingga meningkatkan risiko dijangkiti penyakit dan mempercepatkan proses penuaan anda.


4. Penimbunan AGE protein

AGE protein (Advanced Glycation End-Product Proteins) adalah bahan buangan sel kita. Penimbunan AGE Protein yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan selular dan menjejaskan jangka hayat sel. Hal ini boleh menyebabkan gangguan glukos terutamanya kepada penghidap diabetis.


Bagaimana Melindungi Sel Dengan Polifenol

Gabungan polifenol berikut menghasilkan antioksidan yang sangat hebat yang membantu melindungi sel anda daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Anggur Muscadine

Adalah ‘Super anggur’ 
• Mempunyai 1 kromosom ekstra yang membekalkan polifenol unik asid elagik dan ellagitannins yang boleh membantutkan pertumbuhan sel yang tidak normal1
• Mengandungi polifenol iaitu resveratrol dan quercetin.
• Meningkatkan penghasilan tenaga sel dan memanjangkan usia1,5

Polygonum Cuspidatum 

Mengandungi polifenol utama yang fikenali sebagai resveratrol. Resveratrol menunjukkan pelbagai manfaat kesihatan seperti:
•Anti radang
•Memperbaiki peredaran darah


Karot ungu

Mengandungi polifenol antocyanins yang merupakan antioksidan yang sangat kuat yang                     membantu:

   • Meningkatkan kesihatan penglihatan
   • Memperbaiki kesihatan aliran darah
   • Mengurangkan keradangan


Elderberry Eropah

• Kaya polifenol anthocyanins. Kajian mendapati ia membantu:
• Mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. 
• Meningkatkan perlindungan imun2



Gabungan hebat polifenol tersebut didapati

• Membekalkan resveratrol dan campuran fitonutrien yang menghasilkan antioksidan yang kuat.

• 10 kali lebih hebat berbanding resveratrol sahaja dalam melambatkan kerosakkan sel yang disebabkan oleh pembentukan AGE Protein.

• Membekalkan spektrum luas iaitu lebih daripada 15 polifenol termasuk ellgitannins - sejenis antioksidan semulajadi yang kuat.

• Mengaktifkan kunci pengawal selia genetik yang memanjangkan usia; dikenali sebagai Nrf2 yang membantu melambatkan penuaan di peringkat selular.1


Kajian makmal mendapati gabungan polifenol Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, European Elderberry dan karot ungu mampu mendatangkan kesan positif kepada 4 mekanisme utama penuaan selular.

Bagaimana Caranya?


1. Melindungi dan memperbaiki selular DNA
Polifenol daripada gabungan ramuan botanikal ini membantu:
• Melindungi daripada kerosakan DNA

• Menyokong pembaharuan serta perlindungan sel dan kesihatan fungsinya.

 


2. Meningkatkan Tenaga Selular
Polifenol membantu menghasilkan mitokondria untuk tenaga sel yang optimum, pembaharuan sel supaya sel menjadi sihat dan kuat.3,4


3. Perlindungan sel
Di dalam ujian klinikal, gabungan polifenol ini menunjukkan bahawa ianya membantu membantutkan kesan keradangan pada individu yang sihat setelah mengambil makanan yang kurang berkhasiat. Kurang keradangan bermakna anda mempunyai sel perlindungan yang kuat yang membantu melambatkan proses penuaan.



4. Mengurangkan pembentukan AGE protein
Kajian makmal juga menunjukkan gabungan polifenol ini membantu melambatkan pembentukan AGE protein sehingga 90% berbanding resveratrol sahaja iaitu dengan pengurangan sebanyak 30%.

Sel yang mengandungi kurang AGE protein menggalakkan kesihatan jantung dan paras gula dalam darah yang sihat.

 Ramuan gabungan polifenol membantu melambatkan pembentukan AGE

Selain mengamalkan gabungan polifenol tersebut, adalah penting untuk anda turut mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti:

Amalan pemakanan yang seimbang, rendah lemak dan kaya serat.
• Bersenam secara berkala.
• Elakkan pengambilan gula berlebihan.
• Tingkatkan pengambilan multivitamin, asid lemak penting, vitamin C dan protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi untuk asas sel yang sihat.
• Berhenti merokok.
• Kurangkan tekanan dalam hidup anda, dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.

Dah tahu rahsia penjagaan sel supaya sentiasa sihat dan melindungi daripada penyakit? Sekarang la masanya untuk memberi perlindungan kepada sel anda. Jangan biarkan radikal bebas merosakkannya.

Amalkan sirapantioksidan Vivix anda hari ini. Jadikan kesihatan anda seisi keluarga sebagai keutamaan kerana health is wealth


Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.










Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)


Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



References: 
1. Tamaro S. Hudson, Diane K. Hartle, Stephen D. Hursting, Nomeli P. Nunez, Thomas T.Y. Wang, Heather A. Young, Praveen Arany and Jeffrey E. Green. Inhibition of Prostate Cancer Growth by Muscadine Grape Skin Extract 
and Resveratrol through Distinct Mechanisms. Epidemiology and Prevention 2011;96(5):1409-1414.
2. Robert Veberic, Jerneja Jakopic, Franci Stampar, Valentina Schmitzer. European elderberry (Sambucus nigra L.) rich in sugars, organic acids, anthocyanins and selected Polyphenols. Food Chemistry. 114 (2009) 511–515.
3. Lagouge M, Argmann C, Gerhart-Hines Z, Meziane H, et al. Resveratrol improves mitochondrial function and protects against metabolic disease by activating SIRT1 and PGC-1. Cell. 2006; 127(6): 1109-1122.
4. Sergio D, Nadia S, et al. Enhancement of mitochondrial biogenesis with Polyphenols: combined effects of resveratrol and equol in human endothelial cells. Biomed Central 2013 Jul, 11. 
5. Fiorani, M., Guidarelli, A., Blasa, M., Azzolini, C., Candiracci, M., Piatti, E. and Cantoni, O. (2010) Mitochondria accumulate large amounts of quercetin: prevention of mitochondrial damage and release upon oxidation of the 
extramitochondrial fraction of the flavonoid. J Nutr Biochem 21, 397–404.
6. Ghanim H, Sia CL, Korzeniewski K, et al. A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Stress Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. The Journal of Clinical Endocrinology.
7. Mizutani K. Ikeda K, Yamori Y: Resveratrol inhibits AGEs-induced proliferation and collage synthesis activity in vascular smooth muscle cells from strokeprone spontaneously hypersensitive rates. Biochem Biophys Res 
Commun 2000 Jul, 21; 274 (1): 61-6. 
8. Farrar JL, Hartle DK, Hargrove JL, Greenspan P: Inhibition of protein glycation by skins and seeds of the muscadine grape. Biofactors 2007, 30(3): 193-200. 



Read More

Tips Mengira Waktu Subur Wanita Yang Betul Untuk Meningkatkan Peluang Hamil


Beberapa hari lepas, seorang pelanggan Zura dari Lundu whatsapp Zura untuk membeli set vitamin Shaklee sebagai ikhtiar kehamilan. Selain supplemen, pemakanan yang sihat serta nutrisi yang mencukupi, tips mengira waktu subur adalah sangat penting semasa wanita merancang untuk mengandung.

Mengapa waktu subur wanita sangat penting?
1.Supaya pasangan berkahwin dapat merancang untuk hamil.
2.Bagi yang hendak menjarakkan kehamilan, waktu subur juga membantu.


Maklumat mengenai kitar haid sangat penting untuk mengira waktu subur wanita


Tapi hari ni Zura nak kongsikan bagaimana mengira waktu subur dengan betul bagi membantu anda yang merancang nak hamil :)

Sebelum anda meneruskan pembacaan, baik anda sediakan buku, pen & kelendar untuk mencatat nota penting mengenai kitar haid anda. Jadi lepas ni, mudah nak rujuk.

Ketahui Kitar Haid Anda

Bahagian ni agak tricky sikit sebab kitar haid setiap wanita tak sama semuanya ya. Ada yang kitar haidnya 25 hari dan ada pula yang kitar haidnya lewat hingga 35 hari. Secara puratanya kita haid wanita adalah 28-30 hari.

Bila anda dah kira kitar haid anda, jom kita ketahui 4 fasa di dalam kitaran haid wanita.

1.Fasa haid (menstrual). -( Hari 1 ke hari ke 4 )
Kitar haid bermula pada hari ini iaitu hari pertama haid keluar. Zura sarankan anda mencatat hari pertama anda didatangi haid pada setiap bulan supaya mudah untuk anda mengetahui berapa hari kitaran haid pada setiap bulan. 

2.Fasa follicular. - ( Hari 5 ke hari ke 13 )
Pada fasa ini, darah akan menebal serta berkumpul di dinding rahim sebagai persediaan untuk mengandung. Telur yang berada di dalam follicle pada ovari akan menjadi matang.

3.Fasa ovulasi. - ( Hari ke 14 )
Kelenjar pituitari mengeluarkan hormon yang menyebabkan ovari melepaskan sel telur yang matang ke dalam tiub fallopian. Jika telur ini tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan hilang dan mati. Apabila berlaku persenyawaan pula, telur ini akan turun ke rahim melalui tiub fallopian.

4.Fasa luteal. - ( Hari 15-28 )
Selepas telur keluar dari sarangnya (follicle), hormon progestrone akan dirembeskan yang menyebabkan dinding rahim menjadi semakin tebal. Bila tiada persenyawaan berlaku, progestrone menjadi semakin berkurang dan dinding rahim akan runtuh dan proses haid berlaku semula. 

Perhatikan proses kitar haid wanita untuk panduan mengira waktu subur.

Agak-agaknya,bilakah waktu subur wanita pada keempat-empat fasa tu? Tahniah, anda yang menjawab fasa ovulasi telah memberi jawapan yang tepat. :D

Jadi, lepas ni anda dah tahula waktu yang terbaik untuk bersama dengan suami anda iaitu pada hari ovulasi berlaku. Hari ovulasi ni berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid anda yang seterusnya. Jadi, jika purata kitar haid anda adalah 28 hari, hari ke 14 adalah waktu subur anda.

Bergantung kepada tempoh kitaran haid anda, waktu subur anda adalah seperti contoh berikut:-

A)Jika purata kitar haid anda adalah 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 12, 13 dan 14.

B) Jika purata kitar haid anda adalah 35 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 21 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 19, 20 dan 21.

C) Jika purata kitar haid anda adalah 21 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 7 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 5, 6 dan 7.



Kaedah Lain Mengetahui Waktu Subur

1) Perhatikan perubahan mukus anda. Pada waktu ovulasi, cairan lendir pada vagina didapati adalah jelas dan licin. Inila waktunya untuk anda dan pasangan beraksi.

2) Menggunakan kit ovulasi yang boleh dibeli di farmasi.

3) Mencatatkan suhu badan setiap hari. Dikatakan suhu badan wanita akan naik sedikit pada waktu subur.

4) Menggunakan kalkulator ovulasi yang boleh didapati di google. Kalkulator ni membantu mengira waktu subur bila anda memasukkan data yang dikehendaki seperti tempoh kitar haid anda.


Anggaran Masa Terbaik Untuk Hamil.

Sebagaimana yang kita ketahui, telur wanita (ovum) mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 24 jam. Sperma pula, Allah ciptakan dengan kelebihan iaitu jangka hayat selama 5 hari.

Makanya, peluang keemasan ini, janganlah disia-siakan begitu saja. Ini bermaksud, untuk mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri hendaklah bersama 3 hari sebelum waktu subur dan 2 hari selepas waktu subur.

Ataupun anda dan pasangan boleh bersama tiap malam pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Penat? Hasilnya memang berbaloi bila zuriat anda selamat dilahirkan kelak.

Untuk menguatkan stamina anda di samping mengurangkan risiko kerosakkan  sel ovum dan sperma, Zura cadangkan anda mengamalkan sirap kaya resveratrol dan polifenol iaitu Vivix.

Bukan saja membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel ovum dan sperma, polifenol ni juga membantu meningkatkan kualiti sel ovum dan sperma yang sihat dan yang paling penting meningkatkan peluang kehamilan.

Sehingga kita bertemu di lain entri. Zura doakan semoga anda dan pasangan dikurniakan zuriat penyejuk hati yang soleh. Zura sedia membantu anda yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan Vivix, klik gambar Vivix untuk tempahan terus ataupun whatsapp Zura.


Selamat menimang zuriat :)




Ikhtiar untuk mendapatkan sel ovum dan sperma yang kuat dan sihat





Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Simptom Kanser Prostat: Apa Yang Setiap Lelaki Perlu Tahu Mengenainya

Berdasarkan statistik pada tahun 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di Malaysia menghidap kanser prostat. Kanser prostat diletakkan di kedudukan ke empat sebagai pembunuh lelaki selepas serangan jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ketahui lebih lanjut mengenai kanser prostat terutama simptom atau tanda penyakit ini.

Kanser prostat tidak wajar diambil ringan kerana ianya  boleh mengancam kesihatan lelaki dan perlu diberi perhatian serius. Jika kanser prostat tidak dikesan dan dirawat lebih awal, risikonya lebih besar apabila ia merebak ke bahagian lain seperti tulang dan paru-paru.




Fungsi Prostat 

Prostat merupakan kelenjar yang terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.

Saiz prostat bergantung kepada umur seseorang. Semakin berusia seseorang lelaki, saiz prostatnya semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). 

Bagi remaja berusia 20-an, saiznya dianggarkan sebesar guli kecil. Bagi lelaki yang berusia lebih 40 tahun, ianya sebesar guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.

Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berperanan untuk melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.

Selain itu, cecair yang dihasilkan oleh prostat juga berfungsi membantu sperma untuk berenang lebih laju menuju ke sasarannya.

Apakah kanser prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Terdapat beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidapnya tidak mengalami sebarang simptom atau sedar akan kewujudannya.

Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang menyebabkan penghidapnya mengalami sakit belakang serta boleh mengakibatkan lumpuh.

Kanser prostat tahap satu dan dua hanya melibatkan 5% kanser di sekeliling kelenjar. 

Pada tahap tiga pula, kanser tersebut mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. 

Kanser prostat tahap empat termasuk kategori serius dimana kanser telah mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang.



Punca Kanser Prostat

Beberapa faktor boleh menjadi punca kepada kanser prostat iaitu usia, sejarah keluarga, pemakanan dan hormon.

Usia.
Biasanya, kanser prostat menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun. Semakin usia anda meningkat, risiko diserang kanser lebih besar. Lebih 80 peratus kes kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Keturunan
Penyakit ini juga dikaitkan dengan keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser prostat lebih berisiko diserang penyakit ini.

Hormon
Paras hormon seks lelaki iaitu testosteron yang tinggi dikaitkan dengan pembentukan kanser prostat.

Faktor pemakanan 
Juga memainkan peranan iaitu diet tinggi lemak yang berlebihan serta tabiat merokok.


Simptom Atau Tanda Menghidap Kanser Prostat

Antara tanda yang menunjunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser adalah berlaku perubahan  tabiat  yang berkaitan kencing seperti kencing terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.

Pesakit kerap membuang air kecil atau tidak dapat menahan kencing disebabkan kanser yang berlaku pada prostat menghenyak pundi kencing pesakit. 

Selain itu, prostat yang membesar kerana kanser juga menghimpit salur kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat dan susah untuk mengalir keluar. Inilah punca pesakit berasa tidak puas semasa kencing atau sakit ketika membuang air kecil.

Terdapat pesakit yang tidak mengalami sebarang tanda menyebabkan kesukaran untuk mengesan kanser mereka pada peringkat awal. Sebaliknya mereka hanya menyedari bila sudah ke tahap serius.

Justeru itu, adalah disarankan supaya lelaki yang berumur melebihi 50 tahun agar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Bagaimana Mengesan Kanser Prostat.

Ujian melalui kaedah Prostate-Specific Antigen (PSA) boleh mengenal pasti sama ada protein yang dihasilkan oleh tisu prostat adalah normal ataupun tinggi. Bagi lelaki bang berusia di bawah 40 tahun, bacaan normal ialah pada paras 2.5 manakala bagi yang berumur lebih 50 tahun, bacaan ialah 4.

Jika bacaan adalah melebihi daripada paras itu, anda dikehendaki membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah untuk memastikan sama ada anda menghidap kanser prostat atau tidak.

Antara kaedah yang digunakan untuk pemeriksaan awal ialah DRE (Digital Rectal Examination). Melalui kaedah ini, doktor akan memasukkan jari melalui saluran dubur dan merasa buah kelenjar. Jika ianya lembut, ia menunjukkan kelenjar prostat anda adalah normal. Tetapi jika buah kelenjar tersebut keras, itu merupakan antara tanda-tanda kanser.

Walaubagaimana pun, untuk mendapatkan lebih kepastian, anda perlu membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah seperti ultrasound, CT Scan (Computed Tomography Scan) atau MRI (Magnectic Resonance Imaging).

Kaedah yang paling tepat adalah biopsy di mana sedikit tisu di bahagian prostat akan diambil dan ujian makmal dilakukan kepada tisu tersebut.


Rawatan Kanser Prostat

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dijalankan bergantung kepada tahap kanser yang dihidapi pesakit.

Menurut pakar Perunding Bedah Urologi Hospital Pusrawi KL iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Subahan, antara kaedah rawatan kanser prostat yang berkesan ialah melalui pembedahan membuang prostat. Selain itu, kaedah radioterapi juga membantu untuk membunuh sel kanser. 

Di samping itu, pesakit boleh menghentikan bekalan ‘makanan’ (hormon testosteron) kepada kanser ini untuk mengawal atau mematikan sel kanser. Ini adalah kerana sel kanser merebak dengan cepat apabila pesakit mempunyai tahap testosteron yang tinggi.

Untuk mengawal penghasilan testosteron yang banyak ialah dengan menggunakan ubat atau menutup terus kilang yang menghasilkan hormon ini iaitu dengan membuang buah zakar. Pesakit masih boleh mendapatkan hormon testosteron melalui suntikan kerana hormon testosteron ini memang diperlukan oleh semua anggota badan kita,” terang Dr Rashid.

Bagaimana Resveratrol dan Polifenol Membantu Merencat Sel Kanser.

Resveratrol daripada polyganum cuspidatum membantu menghalang pembentukan sel kanser dari merebak dan menggalakkan proses membunuh sel-sel yang tidak normal di dalam badan.

Sebagaimana yang kita maklum, Vivix bukan saja mengandungi resveratrol malah ia juga terdiri daripada gabungan polifenol yang merupakan antioksidan yang power yang berfungsi untuk melindungi sel kita daripada kerosakkan akibat radikal bebas. Radikal bebas inila yang menyebabkan berlakunya ketidaknormalan pada sel yang menyebabkan kanser.

Disinila polifenol menjalankan peranannya iaitu melindungi DNA kita daripada kerosakkan disamping menyokong proses replikasi (pembahagian) DNA untuk sel yang sihat berfungsi.



Sikap mengambil mudah terhadap penyakit kanser prostat ini boleh mendatangkan padah seperti menyebabkan saluran kencing tersumbat yang menyebabkan pula kepada penyakit batu karang, patah tulang dan lumpuh.

Cegah sebelum parah. Anda berhak mendapatkan kesihatan yang baik sambil meniti usia bersama dengan anak cucu kesayangan dengan gembira.

Dapatkan resveratrol dan polifenol anda hari ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dapatkan Vivix yang kaya resveratrol & polifenol untuk perlindungan kesihatan anda seisi keluarga hari ini.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80eaa938bc6818d0a0582e02302474ea
Klik gambar untuk dapatkan Vivix anda


Salam Hormat
                                                             
      

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More